suria

“Wah dah ada gigi” - Sengih sepanjang masa... ramai ‘join senyum’ tengok reaksi comel atuk selepas ambil gigi palsu di hospital

Video comel seorang datuk menerima lebih 300,000 tontonan di Twitter.

BAGAI satu kelaziman dalam putaran kehidupan, individu yang menginjak ke usia tua sering dikaitkan dengan masalah kehilangan gigi.

Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan memandangkan adanya gigi palsu yang boleh didapati dengan mudah pada masa kini.

Di Twitter misalnya, seorang anak berkongsi video bapanya yang teruja setelah mendapat gigi palsu di sebuah hospital di Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Hari Bapa! Anak hadiahkan Mercedes-Benz, impian pensyarah sejak 1963 jadi realiti - "Nilainya tak dapat tandingi jasa, pengorbanan ayah"

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan pagi raya! Kecoh dapur ayah bawa balik daging korban ‘bergerak’... nasib tak melompat - “Mak panggil saya, dia takut”

Menurut Siti Sarah Asiah, 27, bapanya, Jamaluddin Abdullah, 58, sudah menghadapi masalah ketiadaan gigi sejak bertahun lamanya.

Memulakan proses memasang gigi palsu sejak dua bulan lalu, impian itu akhirnya berjaya direalisasikan pada minggu lalu.

Bercerita kepada mStar, dia mengakui terkejut apabila video singkat berkenaan menerima lebih 320,000 tontonan di Twitter.

Sarah bersama bapanya yang kini berusia 58 tahun.

"Saya memang tak jangka viral. Memang post sekadar suka-suka untuk berkongsi sahaja. Ayah pun dah tahu dia viral, dia pun suka.

"Tak habis-habis nak ulang tengok video dia. Ayah memang teruja selepas dapat gigi palsu baharu.

"Pada hari itu juga, dia video call semua cucu untuk tunjuk gigi baharu," ujarnya sewaktu dihubungi.

Bila tengok ayah teruja, saya pun tumpang gembira.

SITI SARAH ASIAH

Mesra disapa Sarah, guru yang bertugas di ibu negara itu menjelaskan video dirakam sewaktu bapanya baru sahaja selesai bertemu doktor.

Malah katanya, ia dirakam secara spontan dan dia sama sekali tidak menjangka bapanya akan memberikan reaksi yang cukup menghiburkan.

"Saya tunggu ayah habis appointment dengan doktor. Saya duduk dalam kereta. Jadi saya rakam video sewaktu dia on the way nak masuk kereta.

Video memaparkan bapa Sarah menerima lebih 300,000 tontonan di Twitter.

"Kami pergi berdua je hari tu. Bila tengok ayah teruja, saya pun tumpang gembira. Rata-rata komen di Twitter turut terhibur.

"Ada yang kata teringat ayah masing-masing bila tengok video tu, ada juga yang puji ayah saya handsome," ujarnya dalam nada berseloroh.

Sehingga kini, video melibatkan pemandu van sekolah itu turut menerima lebih 16,700 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
gigi palsu, ayah, comel, gelagat, reaksi, lucu

Artikel Lain