suria

Kekangan PKP, takut kena kompaun... jurugambar buat photoshoot atas bumbung rumah! Mana perginya pengantin lelaki?

Penggambaran outdoor pengantin yang dilakukan di atas bumbung mengundang perhatian netizen selepas ia dimuat naik di aplikasi TikTok.

LAIN daripada yang lain!

Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan hasil bidikan jurugambar ini yang merakam foto outdoor perkahwinan di atas bumbung!

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, ia memaparkan jurugambar tersebut sedang merakamkan aksi pengantin wanita yang lengkap dengan persalinan serba putih di atas bumbung sebuah rumah dua tingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca bukan penghalang, jurufoto hasilkan magis ketika gerimis... Wow bagai hujan kristal! - “Kita cuma usaha bagi yang terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN: Macam musim luruh, so real! Hakikatnya dalam kebun getah, semuanya spontan je - “Mulanya saya tolak... terbayang semak, nyamuk”

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, jurugambar bernama Ariff Rosly berkata idea untuk membuat penggambaran outdoor di atas bumbung muncul secara spontan selepas berbincang dengan pengantin.

"Apabila jurugambar rakam majlis seperti ini, kita perlu ada jalan cerita... kebiasaannya kita akan shoot bermula daripada bersolek, bernikah, sarung cincin dan seterusnya, termasuklah akhir sekali iaitu penggambaran outdoor.

"Tapi memandangkan ketika ini kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia jadi kekangan sedikit. Pengantin pun bimbang, takut dikenakan kompaun.



Penggambaran outdoor pasangan pengantin ini hanya dilakukan di kawasan rumah.

"Jadi buat keputusan shoot dekat rumah saja. Di tingkat dua rumah itu kebetulan ada laluan untuk ke bumbung. Pengantin perempuan kata dia memang selalu naik atas tu. Bila bincang, pengantin setuju outdoor atas bumbung.

"Mula-mula tanya juga pengantin, kalau tak okay tak perlu buat di situ tapi dia okay saja. Maka terjadilah penggambaran outdoor di atas bumbung," kata jurugambar berusia 25 tahun ini.

Tambah Ariff, penggambaran tersebut dilakukan hanya melibatkan pengantin perempuan sahaja memandangkan ketika itu pengantin lelaki kurang sihat.



Ariff bersama rakan-rakannya yang menubuhkan team fotografi yang dikenali sebagai Lenstopia.

Ujarnya, masa yang diambil untuk penggambaran tersebut juga hanya sekitar 15 minit.

"Pengantin perempuan ada 'background' sebagai seorang model, jadi tidak sukar untuk dia melakukan pelbagai 'pose'," ujarnya.

Menurut Ariff lagi, dia menerima reaksi bercampur terhadap perkongsian video berkenaan, sama ada komen negatif dan juga positif.

Jurugambar kena lebih kreatif. Perlu ada plan A dan juga plan B.

ARIFF ROSLY

JURUGAMBAR

"Ada yang komen idea outdoor atas bumbung sangat kreatif dan berikan inspirasi... lain daripada yang lain dan sebagainya.

"Namun ada juga yang berikan komen negatif contohnya aspek keselamatan. Ada juga yang komen kata gambar pengantin 'overexposed'.

"Sebenarnya selepas pulang dari shooting, saya terus edit dan gunakan telefon bimbit saja sebab nak share dalam media sosial. Ia bukanlah hasil akhir suntingan. Semestinya team saya akan berikan yang terbaik untuk client," katanya sambil menambah dia dan rakan-rakannya sedang membuat persiapan untuk membuka studio, bulan depan.

Bercerita lebih lanjut, Ariff yang mempunyai ijazah dalam bidang fotografi berkata, seorang jurugambar perlu kreatif khususnya ketika berdepan dalam situasi tidak dijangka sewaktu penggambaran.



Ariff berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2014.

"Pernah shoot dekat majlis perkahwinan di Forest Valley, nak dijadikan cerita ketika itu pula hujan jadi terpaksa tukar plan.

"Ada satu tempat di lokasi tu, dindingnya cantik dengan ukiran kayu. Jadi kami shoot pengantin di situ saja. Alhamdulillah pengantin happy dan puas hati sebab tak sangka hasilnya menarik.

"Sama kes macam outdoor atas bumbung ni, kerana kekangan PKP maka jurugambar kena lebih kreatif. Perlu ada plan A dan juga plan B," ujarnya yang berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2014.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain