suria

Cuaca bukan penghalang, jurufoto hasilkan magis ketika gerimis... Wow bagai hujan kristal! - “Kita cuma usaha bagi yang terbaik”

Foto pasangan pengantin yang dirakam oleh Khairul pada Khamis lalu.

MAGIS dalam gerimis yang melanda.

Begitulah gambaran kreativiti seorang jurufoto yang berjaya menghasilkan potret luar biasa untuk sepasang pengantin di Tanjung Malim, Perak pada Khamis lalu.

Pada hari berkenaan, Ahmad Khairul Ikhwan Mohamad, 24, sepatutnya mengadakan sesi photoshoot outdoor di satu lokasi bersama pasangan pengantin dikenali sebagai Ikhwan dan Asyikin.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 tahun jadi jurugambar dah ada syarikat, pemuda nak buat A to Z... lain rasanya lihat pengantin PKPB di pelamin karya sendiri - “Lagi bersemangat nak ambil gambar”

ARTIKEL BERKAITAN: Shot talent seksi sampai ke ranjang” - Jurugambar muda ini tampil pertahankan pendirian... lebih baik elak kalau nak rezeki berkat

Namun, hujan yang berterusan sehingga lewat petang ternyata merencatkan rencana mereka.

"Rancangan asal memang nak keluar buat photoshoot outdoor. Tapi hujan berterusan sehingga Maghrib.

"Saya cakap pada mereka, apa kata kita shoot depan rumah, kita cuba adapt hujan tu untuk cantikkan gambar. Jadikan ia macam salji atau kristal.

Khairul mula berkecimpung sebagai jurufoto sejak tahun 2011.

"Mula-mula tu sekadar tangkap gambar je, hujan pun tak berapa lebat. Tapi memang tak sangka dapat hasil macam tu," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Khairul, dia mengakui cuaca buruk merupakan antara halangan utama untuk melakukan photoshoot outdoor bersama pengantin.

Ia bagaikan membuka pintu rezeki buat saya. InsyaAllah, ini adalah permulaan untuk saya cari pasaran yang lebih luas lepas ni.

KHAIRUL

Namun katanya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia menyifatkan kehadiran hujan pada hari kejadian sebagai satu rezeki.

"Hujan memang satu igauan, tapi kita cuba kawal situasi yang berlaku. Kekurangan itu bukan satu halangan.

Di sebalik tabir sesi photoshoot pada Khamis lalu.

"Semuanya rezeki. Kalau tak hujan, rezeki boleh photoshoot outdoor. Kalau hujan, tak jadi masalah, kita boleh buat gambar macam tu. Nak shoot pun cuaca tak panas.

"Ada kelebihan masing-masing. Kita cuma usaha bagi yang terbaik," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Khairul mengakui tidak sangka hasil photoshoot berkenaan turut menjadi tular di aplikasi TikTok.

Antara foto yang berjaya dihasilkan oleh Khairul.

Malah, dia melihat perkara itu sebagai satu rezeki buatnya khususnya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang berkenaan.

"Memang tak jangka langsung akan viral. Saya pelik tiba-tiba masuk banyak notification. Memang terkejut juga.

"Ia bagaikan membuka pintu rezeki buat saya. InsyaAllah, ini adalah permulaan untuk saya cari pasaran yang lebih luas lepas ni," ujarnya yang mula berkecimpung sebagai jurufoto sejak tahun 2011.

Studio di Sungai Buloh yang dijangka beroperasi selepas PKPB berakhir.

Bercerita mengenai dirinya, Khairul juga merupakan seorang juruvideo sejak 2014 dan baru sahaja membuka sebuah studio di Sungai Buloh, Selangor.

Dia pada masa ini menetap di Alor Star, Kedah dan bakal meneruskan operasi studio berkenaan yang diusahakan bersama rakan-rakannya setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain