suria

Bapa pergi di saat anak belum bersedia, kelakuan pelik selepas jalani pembedahan jantung rupa-rupanya petanda - “Mula-mula bagi hint ‘nanti bolehlah ganti papa’...”

Bapa Saiful meninggal dunia secara mengejut pada 14 November lalu.

KEHILANGAN bapa tersayang pastinya meninggalkan kesan cukup mendalam kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak apatah lagi jika pemergian itu berlaku secara mengejut.

Begitulah kisah dilalui seorang pemuda yang masih bersedih dan terkejut dengan pemergian bapanya pada 14 November lalu.

Pemuda tersebut berkongsi momen dukanya menerusi satu bebenang di Twitter sehingga mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ramai kawan perempuan, pemuda ini akui hilang sahabat lebih sakit dari putus cinta - “Mimpi ‘tak bagi balik’ petanda dia nak pergi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku penatlah esok aku nak tidur“ - Bangun sahur awal, selera lain macam... rider ‘tutup mata’ selamanya selepas beli baju raya 4 adik

Perkongsian tersebut menerima lebih 3,000 ulang kicau dan 11,600 tanda suka dari netizen.

Menurut Saiful, segalanya berlaku terlalu pantas di saat dia belum bersedia menerima berita sedih itu.

"Benda yang paling aku tak bersedia akhirnya berlaku juga. My dad has passed away on 14 November lalu. Bayangkan pagi-pagi mak kau kejut kau tido dengan mengejut.



Perkongsian Saiful mengenai kisah pemergian bapanya mengundang sebak netizen.

"‘Alonggg bangun tengok papa ni’. Sampainya aku kat katil tengok papa dah terlentang tak bernafas tapi aku tetap fikir papa hanya pengsan.

"Adik, mama dah berderai air mata. ‘Alongg geraklah papa bangun cepat’, adik jerit dekat aku. Ambulans datang lewat sikit," tulisnya.

Sebaik saja ambulans tiba, Saiful berkata petugas kesihatan mengesahkan bapanya sudah tiada.

Mula-mula bagi hint ‘nanti bolehlah ganti papa... kenapa papa nak p mana? Dia diam.

SAIFUL

Anak

"Siapa waris terdekat? Ya Tengok mesin ni nadi dan degupan jantung dah tak ada... luruh seluruh tubuh ini.

"Bapa aku sakit jantung dia baru masukkan spring dalam seminggu.

"Dia kata ‘papa dah boleh makan semua dah aih haha’, kayuh basikal round kampung lagi," katanya.

Bercerita lanjut, Saiful turut mengimbau beberapa perkara pelik sebulan sebelum pemergian bapanya itu.



Gambar kenangan Saiful (tiga dari kiri) bersama arwah bapanya.

"Deep in my heart sebulan sebelum berlaku aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang akan terjadi, adik pun sama.

"Setiap malam aku fikir perasaan ni rasa macam setiap masa nak duduk dekat je dengan arwah papa. Selalu aku tengok muka papa waktu tidur.

"Kelakuan papa pun dah berubah sikit. Waktu petang mesti tidur. Lama pula tu, seminggu sebelum tu tidur awal tak pernah-pernah tidur awal," katanya.

Malah kata Saiful lagi, bapanya bagaikan sudah memberi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

"Mula-mula bagi hint ‘nanti bolehlah ganti papa... kenapa papa nak p mana? Dia diam.

"Malam last aku beli nasi goreng, kenyang katanya. ‘Letaklah dalam peti ais esok perangat boleh makan’ tapi Allah lebih sayangkan papa," katanya.

Dalam pada itu, Saiful turut menarik nafas lega apabila berpeluang memandikan jenazah bapanya.



Saiful menasihati orang ramai supaya menghargai ibu bapa masing-masing selagi mereka masih ada.

"Papa mesti seronok along mandikan papa kan. Along pakaikan baju papa, along angkat papa.

"Along minta maaf sebelum ni along terlalu naif, tak jaga papa dengan baik.

“Tak tanya khabar papa, tak peluk papa bila nak keluar. Along menyesal... kadang tak jemaah sekali dengan papa," katanya.

Susulan itu, Saiful turut menasihati orang ramai supaya menghargai ibu bapa masing-masing selagi mereka masih ada.

"Guys tolonglah aku merayu hargailah ibu bapa korang selagi diorang masih ada.

"Happykan diorang. Minta korang tolong doakan, Al-Fatihah untuk arwah papa aku tau. Aamiin," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain