suria

Kecoh fenomena ‘mak mentua memahami’... Ramai gigih DM tanya ada anak lelaki tak, berebut nak jadi menantu - “Dua dah kahwin, seorang bertunang, yang bongsu belum kahwin”

WhatsApp Image 2021-02-19 at 3.25.46 PM

KONFLIK ibu mentua dengan menantu ini sudah biasa kita dengari lebih-lebih lagi dalam kalangan menantu perempuan.

Hal ini boleh dikatakan antara masalah dalam rumah tangga termasuk isu tiada persefahaman antara satu sama lain yang tentu sekali perlu mencari jalan penyelesaian untuk memastikan ikatan perkahwinan kekal selamanya.

Tidak dinafikan rata-rata ramai wanita di luar sana mengharapkan layanan baik ketika menjadi ahli keluarga si suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik dah nikah, mak mula bising nak menantu... jurutera cari calon isteri berkerjaya di Twitter - “Ramai nak tengok hasil pencarian jodoh saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik cari jodoh untuk kakak di Twitter, akhirnya terpikat dengan salah seorang jejaka yang hantar DM - “Dah kenal ramai lelaki tapi selalu tak jadi”

Begitulah yang dirasai wanita yang berusia 27 tahun itu apabila dia terbaca komen menarik seorang makcik yang dikenali sebagai Linda di laman Facebook.

Dia yang mempunyai nama lebih kurang sama iaitu Siti Fazlinda Husin berkata dalam banyak-banyak komen hanya makcik itu sahaja yang berfikiran lain daripada lain.

“Saya mungkin tak ada pengalaman nak cakap mengenai mak mentua tegas, kejam dan sebagainya sebab belum berkahwin tetapi banyak dengar serta baca kisah buruk daripada yang baik.

Komen makcik Linda ternyata menarik perhatian netizen sehingga ramai yang DM nak jadi menantu.

“Jarang sekali saya nak baca komen tambah lagi dekat Facebook, tiba-tiba hari tu dia naik di timeline saya sebab ada kawan yang share.

“Saya baca macam teruja sebab ayat dia memang memberi kesan yang mendalam. Bukan itu sahaja, didikan yang dia beri pada anaknya buat saya kagum sangat.

“Bukan saya kata isteri perlu senang-lenang tak buat kerja rumah tetapi kalau sama kerja sama sibuk apa salahnya kerja rumah pun buat sekali, ” ujarnya.

Takut juga rasanya nak kahwin kalau tiba-tiba tak sebulu dengan mak mentua.

FAZLINDA

Tambah Fazlinda lagi, lebih menarik lagi di ruangan komennya warga Twitter berkongsi maklumat tentang makcik Linda itu.

Sehingga kini perkongsian itu meraih 41,000 likes dan 30,000 retweets.

“Lawak betul.. Gigih netizen DM makcik tu tanya ada berapa orang anak. Ada yang bujang tak dan kebetulan pula makcik Linda cakap anaknya semua lelaki dan masih mempunyai seorang yang belum berkahwin.

Antara komen yang mencuit hati apabila makcik Linda melayan pertanyaan netizen di laman Facebook.

“Nasib baik makcik Linda tu sporting layankan ja perangai netizen ni.

“Saya taklah sampai DM, saya kongsi dekat Twitter pun sekadar untuk hiburan saja tetapi dah semua berebut saya pun nak jugalah kalau diberi kesempatan, ” ujarnya berseloroh.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, dia belum pernah melihat situasi itu di depan mata kerana ibunya hanya mempunyai menantu lelaki.

“Saya mempunyai tujuh adik beradik, hanya yang bongsu sahaja lelaki. Lain semua perempuan jadi mungkin tak ada isu tu dalam keluarga lagi sebab menantu ibu semuanya lelaki.

Ramai pula yang menghantar 'friend request', salam perkenalan daripada makcik Linda.

“Takut juga rasanya nak kahwin kalau tiba-tiba tak sebulu dengan mak mentua tetapi bagi saya menantu pun main peranan penting, perlu jaga tingkah laku juga, ” jelasnya.

Sementara itu, mStar masih menunggu peluang untuk mendapat perkongsian makcik Linda mengenai populariti mendadak dirinya di media sosial.

Bagaimanapun, Fazlinda yang merupakan salah seorang associate telekomunikasi di sebuah syarikat swasta berharap suatu hari nanti dia akan mendapat mak mentua yang berfikiran terbuka seperti makcik Linda itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain