suria

Dihina semasa live solekan di TikTok, gadis mangsa buli siber dapat semangat selepas baca tweet Yuna - “Mereka kata saya koyak”

Penyanyi Yuna turut memberi reaksi terhadap tweet yang berkongsi kisah Sobah yang menjadi mangsa buli siber.

KEWUJUDAN TikTok bukan sahaja memberi hiburan kepada kita, malah banyak ilmu turut dikongsi oleh pengguna aplikasi itu.

Ada yang berkongsi video mengenai tatabahasa Inggeris, tutorial masakan, teknik suntingan video, tajwid dan macam-macam lagi.

Bagi Nurul Janatul Sobah Rajaai pula, dia suka berkongs video solekan menerusi aplikasi popular itu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby doll’ dihujani kritikan... walau tak kecil hati, jurusolek kesan khas tetap ada alasan sendiri - “Dalam 10 yang suka, mesti ada yang tak suka”

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

Namun pada Rabu, gadis berusia 21 tahun yang mesra disapa Sobah itu menjadi mangsa buli siber sewaktu membuat video solekan live menerusi TikTok.

Bercakap kepada mStar, dia dalam nada sebak mengakui kecewa dengan sikap segelintir individu yang tergamak melemparkan kata-kata hinaan terhadapnya.

"Saya buat live TikTok, niat nak kongsi ilmu solekan dengan semua orang. Tapi ada segelintir masyarakat tak faham apa niat saya.

Sobah kecewa dengan sikap segelintir individu yang melakukan buli siber terhadapnya menerusi TikTok.

"Sewaktu live, ada yang kecam cakap saya bodoh, mak bapak tak ajar dan sebagainya. Mereka kata saya muka buruk dan minta tutup pakai topi keledar.

"Sebab geram, saya lap balik mekap saya dalam video tu. Mereka kata saya koyak, saya sebenarnya geram... terus saya habiskan live itu," ujarnya.

Menurut Sobah, ada netizen yang mendakwa dia terkesan dengan hinaan berkenaan sehingga mengalirkan air mata.

Namun katanya, dia langsung tidak menangis, cuma berasa terkilan apabila ada komen yang mula menyebut nama bapanya.

Komen Yuna menerusi laman Twitter.

"Saya memang tak boleh orang sebut pasal mak ayah. Tapi saya tak menangis.

"Malah, ada perempuan yang tergamak gelarkan saya dengan perkataan 'babi' menerusi ruangan komen live itu," dedahnya lagi.

Menurut Sobah lagi, ia tidak berkahir di situ apabila namanya serta isu berkenaan tiba-tiba tular di Twitter setelah seorang individu berkongsi mengenainya.

Saya rasa macam tak terkata bila Yuna tweet mengenai saya.

SOBAH

Lebih menggembirakan, penyanyi terkenal Yuna turut meninggalkan komen serta kata-kata semangat buat Sobah.

"Tiba-tiba ada orang mesej, cakap saya viral di Twitter. Terkejut juga, tak tahu ada yang viralkan mengenai kisah saya.

"Saya rasa macam tak terkata bila Yuna tweet mengenai saya. Dia idola saya, saya minat sangat-sangat lagu Yuna.

"Trend tudung dia pun saya ikut. Tak sangka dia bercakap mengenai saya, lagi semangat nak buat video lepas ni," ujarnya yang menetap di Bagan Datuk, Perak.

Antara komen yang ditinggalkan netizen sewaktu Sobah membuat video live TikTok.

Dedah Sobah yang juga peniaga dalam talian itu, dia sebenarnya sudah lama menghasilkan video mekap.

Sejak tahun 2018, dia selalu membuat video solekan di Instagram dan kini beralih ke platform TikTok

Kata anak bongsu daripada lima beradik itu, dia kini tidak kisah dengan segala kata cacian dan berasa yakin untuk meneruskan minatnya.

Selain Yuna, rata-rata pelayar Twitter turut memberikan sokongan terhadap Sobah dan berharap agar dia sabar berhadapan hal itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain