suria

‘Disembur’ 2 lelaki gara-gara berkebaya semasa ke stesen TV Islamik, Nizam Rahman mohon maaf cetus kekecohan - “Tak sangka pagi-pagi buta kena maki”

Nizam ditegur dua lelaki kerana bepakaian wanita setibanya di stesen penyiaran berkenaan pada Selasa pagi.

SELEBRITI media sosial, Nizam Rahman memohon maaf atas kekecohan yang berlaku susulan video tular dia berpakaian wanita di pekarangan stesen TV Al-Hijrah di ibu negara pada Selasa.

Menerusi siaran langsung di laman Facebook miliknya, Nizam hadir ke stesen penyiaran Islamik itu untuk menjalani penggambaran video.

Belum sempat dia menjejakkan kaki ke premis stesen penyiaran berkenaan, dia dihampiri dua lelaki yang menegur perbuatannya sehingga berlaku perbalahan mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Disimbah air, sampai jatuh kerusi... usahawan asyik reviu produk didakwa guna ayat lucah bikin pelanggan restoran panas – “Dua-dua ada salah, ada betul”

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10,000 followers saksi influencer dihalau ketika buat reviu di restoran popular Melaka, pertama kali dimalukan sepanjang 14 tahun bisnes - “PKP tak boleh lama-lama”

Jelas Nizam, dia memakai kebaya berwarna merah jambu itu kerana baru selesai penggambaran dan mengakui bercadang untuk menukar pakaian normal setibanya di stesen tv berkenaan.



Nizam mohon maaf atas kekecohan yang berlaku.

"Saya ni tak adalah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita nak masuk tv.

"Kalau TV komersil pun tak boleh 'drag' apatah lagi stesen TV yang mengetengahkan konsep patuh syariah.

"Saya memang plan nak tukar baju masa sampai sana. Kawan saya pegang baju lagi," jelasnya pada Selasa petang.

Menurut Nizam, dia tidak kisah sekiranya ditegur dengan berhemah, namun mengakui terkejut apabila dihampiri dengan cara begitu.

Apapun Nizam minta maaflah bagi sesiapa yang tersinggung. Semua ini hanya salah faham.

NIZAM RAHMAN

"Saya masih tahu peraturan, malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen tv swasta. Jadi saya tahu, macam mana nak beradab.

"Masalah timbul bila ada dua hamba Allah tiba-tiba sound saya kenapa berpakaian wanita. Tak sangka pagi-pagi buta kena maki

"Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok, apa salahnya kan atau tanya dulu sebelum sembur.



Paparan skrin video tular itu.

"Untuk pengetahuan korang, saya memang plan nak tukar baju masa sampai sana. Saya baru balik dari shooting produk.

"Macam biasa ada sesetengah client nak saya bawa karakter Kak Mona. Apapun Nizam minta maaflah bagi sesiapapun yang tersinggung. Semua ini hanya salah faham," ujarnya yang ke stesen TV berkenaan bagi mempromosikan produk makanan ringan, Serangup.

Ujar Nizam, dia juga tampil berbaju Melayu dalam rakaman bersama stesen TV itu selepas menukar pakaian wanita yang dipakai setibanya dia ke sana pada pagi Selasa.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain