suria

Hari anak sulungnya lahir, hanya ada RM20... bapa muda tetap usaha sediakan barangan bayi, lampin pakai buang mampu 7 keping sahaja - “Cekal sediakan keperluan walau kekurangan”

Perkongsian seorang pelayar Facebook mengenai kisah bapa muda yang hanya mampu membeli 7 keping lampin pakai buang menyentih hati netizen. Foto: FB Ismail Sabran Anchok

KOS sara hidup pada masa ini jauh berbeza dengan situasi kita sepuluh tahun lalu.

Pada masa kini, keluarga yang mempunyai anak kecil yang ramai antara yang paling merasai keperitan.

Mana tidaknya, kos susu dan lampin pakai buang sahaja sudah mencecah sehingga ratusan ringgit, belum lagi kos perbelanjaan bulanan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai dah tiada kerja, bayi minum air suam, air gula” - Tak sanggup lihat penderitaan, guru jadi sukarelawan... tersentuh dapat sesuatu yang ‘mahal’

ARTIKEL BERKAITAN: Selama 12 tahun hidup dalam pondok daif, di situlah tidur, masak... akhirnya doa nenek warga asing mahu rumah sempurna dimakbulkan, 10 hari lagi siap kata Ustaz Ebit

Baru-baru ini, seorang pelayar Facebook berkongsi satu kisah meruntun jiwa di mana dia seorang bapa hanya mampu membeli beberapa keping lampin pakai buang buat anaknya yang baru lahir.

Menurut Ismail Sabran Ancok, ketika itu dia berada di dalam kedai runcit untuk membeli barang sebelum matanya 'menangkap' kelibat bapa berkenaan yang sedang memegang beberapa keping lampin pakai buang.

"Dia mahu belikan anaknya pampers hanya tujuh keping. Saya tanya kenapa beli tujuh ja. Jawabnya 'saya tidak mampu bang, isteri saya baru melahirkan tadi. Saya cuma ada duit RM20. Mahu belikan pampers sama tisu basah untuk bayi'.

"Allahu... terus sebak. Seorang suami terus cekal untuk sediakan keperluan anaknya yang pertama walaupun serba kekurangan. Kita faham bila jadi ketua keluarga dan lebih-lebih lagi bila sudah ada anak," kongsinya.



Perkongsian Ismail mengenai kisah bapa muda yang ditemuinya menyentuh hati netizen.

Tersentuh mendengar kata-kata bapa muda itu, Ismail lantas mengambil pek lampin pakai buang yang baharu berserta beberapa lagi barang keperluan bayi yang lain dan membayar kesemua barangan berkenaan.

"Saya suruh dia simpan semula pampers yang dia beli tujuh keping, ambilkan dia pampers baharu, sabun mandian untuk anaknya dan yang lain-lain.

"Semoga Allah berikan kekuatan dalam kehidupanmu, saudara. Hari ini kita tolong orang, insya-Allah bila kita dalam kesulitan, pasti Allah hadirkan orang lain untuk bantu kita," ceritanya lagi.



Bapa muda itu akhirnya menerima bantuan Ismail dengan linangan air mata.

Menurut Ismail, bapa muda itu terlalu terharu dengan pertolongannya sehingga mengalirkan air mata ketika mengucapkan terima kasih.

Bagaimanapun Ismail berkata dia tidak sempat untuk bertanyakan maklumat lanjut mengenai bapa muda berkenaan.

Rupa-rupanya ada kembar Ustaz Ebit Lew di Tawau ya. Semoga murah rezekimu, amin.

NETIZEN

"Minta maaf, tiada nombornya saya minta sebab terjumpa begitu saja. InsyaAllah semoga pahala ini saya niatkan untuk kita semua sahabat di Facebook," kata Ismail.

Sehingga kini perkongsian Ismail di Facebook meraih sehingga 1,100 share selain dibanjiri dengan ratusan komen netizen.



Antara komen netizen yang memuji tindakan mulia Ismail.

Rata-ratanya memuji dan menyatakan rasa kagum dengan tindakan Ismail yang langsung menghulurkan bantuan kepada bapa muda berkenaan.

"Rupa-rupanya ada kembar Ustaz Ebit Lew di Tawau ya. Semoga murah rezekimu, amin," komen Kasim Ibrahim.

"Alhamdulillah daeng. Takkan jatuh miskin kalau kita bersedekah," komen Mack Beddu.

"Terbaik saudara, semoga murah rezekimu seperti air yang mengalir deras," komen Hairul Amenk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain