suria

Aksi bomba sanggup panjat pokok, masuk sungai buat ramai terharu... semuanya kerana si comel - “Saja meow nak manja...”

Dua kejadian berasingan yang dikongsi oleh Bomba menerusi Facebook pada Rabu.

SEBUT sahaja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, perkara pertama terlintas dalam fikiran kita tentunya tugas mereka dalam memadamkan kebakaran.

Namun, bidang kerja mereka cukup luas dan turut merangkumi operasi menyelamatkan haiwan.

Terbaharu, laman Facebook rasmi organisasi itu turut berkongsi dua posting mengenai kucing-kucing yang telah diselamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Abam Bomba Malaysia raih perhatian dunia, video selamatkan kucing dapat liputan The Dodo

ARTIKEL BERKAITAN: “Bomba tu nak jatuh, disambut pengantin perempuan” - Photoshoot pra-perkahwinan jadi scene filem Spider-Man

"Comel Oyen ketika diselamatkan abang Bomba. Didapati seekor kucing terperangkap di atas longgokan sampah hanyut yang tersangkut pada tiang jambatan.

"Pasukan bomba bertindak menyelamatkan kucing tersebut dan diserahkan kepada tuan punya kucing," tulis pengendali Facebook itu.

Bomba menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas pokok.

Turut dikongsi foto operasi menyelamat, memaparkan seorang anggota bomba yang turun ke sungai menggunakan tali.

Kejadian itu berlaku di Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Terima kasih atas kerja ikhlas, semoga abang-abang bomba dilindungi Allah.

NETIZEN

Dalam posting berasingan, juga pada Rabu, anggota pasukan beruniform itu turut menyelamatkan seekor lagi kucing dalam kejadian yang berlaku di Subang Jaya.

"Masamnya muka meow gebu. Usaha abang bomba menyelamatkan kucing (Uteh) di pokok tinggi," tulis pengendali Facebook itu.

Malah, turut disertakan juga foto anggota bomba memanjat pokok sebelum membawa turun kucing berwarna putih itu.

Rata-rata pelayar Facebook memuji komitmen tinggi anggota bomba yang sanggup menyelamatkan dua ekor kucing berkenaan.

Antara operasi menyelamat kucing yang dikongsi di Facebook Bomba.

Malah, ada yang turut berjenaka dengan kenakalan haiwan comel itu sehingga menyebabkan mereka terpaksa diselamatkan pasukan itu.

"Buat hal lah dia. Dah naik tinggi tak reti nak turun. Nasib baik Abang Bomba nak selamatkan.

"Terima kasih atas kerja ikhlas, semoga abang-abang Bomba dilindungi Allah.

"Saje meow nak manja dengan Encik Bomba," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain