Gemar pakaikan talkum pada si kecil... tolong hentikan segera! Debu bedak boleh rosakkan salur pernafasan - “Tak apa kalau anak comot sikit, tak wangi... ”

Ramai ibu bapa gemar menyapu bedak talkum pada si kecil supaya kelihatan comel dan berbau wangi.

BAGI mereka yang mempunyai anak kecil sudah menjadi kebiasaan untuk menyapu bedak pada badan dan muka anak-anak selepas mandi.

Manakan tidak, penggunaan bedak talkum menjadi pilihan ramai ibu kerana baunya yang wangi dan lembut disapu pada kulit badan si manja.

Namun sebenarnya penggunaan bedak boleh mendatangkan kemudaratan kepada si kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mata anak terbeliak, mulut terkacip, ibu berkali-kali lafaz maaf kepada anak kena Influenza A - “Aku tak mahu kehilangan lagi”

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, partikel bedak talkum terlalu halus dan boleh mengganggu saluran pernafasan kanak-kanak terutamanya bayi.



Banyak kes kematian disebabkan penggunaan bedak talkum di kalangan kanak-kanak terutamanya bayi.

"Dulu saya pun ada juga perangai sama macam tu. Cuma bila terbaca amaran daripada American Academy of Paediatric tentang bahaya perbuatan tu terus saya stop serta-merta.

"Partikel bedak talkum halus sangat-sangat. Bila kita sapu kat anak, risiko memang tinggi untuk anak kita terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan," katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Malah katanya, sudah banyak kes kematian berpunca daripada debu bedak itu dilaporkan media.

Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu.

AHMAD LUQMAN BUKHARI

Doktor

"Rupa-rupanya doktor pakar kanak-kanak dah beritahu lama dah pasal benda ni.

"Even kes baby mati akibat masalah pernafasan yang berpunca dari debu bedak ni dah dilaporkan sejak awal tahun 60-an lagi," katanya.

Jelas Dr Ahmad Luqman lagi, si kecil yang dipakaikan bedak mudah batuk, sesak nafas dan mengalami jangkitan paru-paru yang serius atau talcum powder poisoning.



Penggunaan bedak talkum harus dihentikan segera bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

"Menurut American Academy of Paediatric juga, sedikit debu talkum pun cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan ibu bapa supaya berhenti mengamalkan tabiat tersebut.

"Minta tolong ya mak ayah sekalian. Janganlah duk seronok nak pakaikan bedak talkum ni pada anak kecil.

"Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai breathing problem sejak lahir.

"Tak apalah kalau anak kita nampak comot sikit, tak berbedak wangi macam anak orang lain. Asalkan kesihatan dia tak terganggu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain