suria

Pengetua terharu! Selepas jadi ‘rider’ kutip dana, orang kampung datang sekolah serah sumbangan... baju, kelengkapan anak rakan jadi ‘mangsa’

Gambar Pengetua SAM Jeram, Eadil Mat memakai baju seperti seorang rider syarikat penghantaran makanan menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

TULAR sekeping gambar memaparkan pengetua sebuah sekolah berpakaian lengkap seperti seorang rider dari sebuah syarikat penghantaran makanan baru-baru ini.

Ia dikongsi oleh seorang pelayar di Twitter dengan kapsyen "Guys, I need kuasa of Twitter" sambil menyertakan hebahan kempen kutipan dana yang digerakkan sekolah berkenaan.

Sehingga kini ia meraih 29,900 retweet dan 22,500 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji kerana sanggup ulang alik 2 kali hantar parcel guru tercicir, abang kopiah hijau sempat bimbang nasib rider syarikat kurier

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kaki besi’ tekan pedal curi tumpuan pengguna jalan raya, ramai tak tahu rider ini sebenarnya buat 4 kerja!

Namun jangan salah sangka! Tindakan berkenaan hanya gimik dan bukan bertujuan untuk meraih simpati sebaliknya ia adalah inisiatif pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam usaha mengumpul dana pembinaan dewan sekolah.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Jeram, Kuala Selangor, Eadil Mat berkata idea berkenaan tidak dirancang sebaliknya dicetuskan secara spontan oleh tenaga pengajar sekolah berkenaan.



Tapak yang dicadangkan untuk pembinaan dewan terbuka.

"Sebenarnya kami dalam proses untuk mengumpul dana bagi tujuan pembinaan sebuah dewan terbuka untuk para pelajar. Pakaian dan kelengkapan kotak makanan adalah milik anak seorang rakan.

"Guru menggunakan kreativiti mereka dengan cantumkan gambar saya bersama hebahan kempen kutipan dana RM5 seorang yang dijalankan sebelum ini, menjadi seperti poster.

"Pada mulanya ia hanya di'post' Group WhatsApp guru sahaja untuk mengajak semua guru berusaha bersungguh-sungguh mencari dana, namun tak sangka menjadi viral.



Aktiviti bacaan Surah Yasin, Al-Kahfi setiap Jumaat dan Maasurat setiap pagi.

"Bimbang juga ada pihak yang salurkan maklumat yang tidak tepat namun selepas satu media arus perdana membuat artikel yang menceritakan kisah sebenar dan kemudian ia tular, Alhamdulillah setakat ini maklum balas yang diterima semuanya positif," kata pengetua berusia 53 tahun ini.

Eadil berkata dia amat bersyukur kerana 'kuasa' media sosial menyebabkan ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan bagi merealisasikan impian pihak sekolah menyediakan sebuah dewan terbuka untuk kegunaan aktiviti pelajar.

Tak sangka ramai orang kampung terdekat datang sendiri ke sekolah untuk berjumpa dengan saya dan serahkan sumbangan. Sebab ada yang tak tahu nak transfer melalui perbankan dalam talian.

EADIL MAT

PENGETUA

"Usaha mencari dana telah dimulakan sejak Januari 2018 dengan pelbagai program seperti umrah, tabung drive thru, ceramah perdana serta melalui tokoh korporat. Kelulusan untuk membina pun telah diperolehi.

"Sasaran kita memang hendak mencari dana sendiri. Sejak tular, saya sendiri tak sangka ramai pihak tampil menyumbang... agensi kerajaan pun ada.

"Namun tak sangka ramai orang kampung terdekat datang sendiri ke sekolah untuk berjumpa dengan saya dan serahkan sumbangan. Sebab ada yang tak tahu nak transfer melalui perbankan dalam talian," ujarnya.



Aktiviti usrah dan halaqah yang dijalankan di dataran yang tidak berbumbung.

Bercerita lebih lanjut, Eadil berkata dewan terbuka tersebut dapat memuatkan seramai 825 pelajar dan menjalankan pelbagai aktiviti dengan selesa di bawah dewan berbumbung.

"Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di dewan seperti perhimpunan harian, bacaan Yasin dan Kahfi, halaqah ilmu, usrah selain aktiviti kokurikulum seperti sukan dan aktiviti kawad kaki," katanya.

Ujar beliau, pada masa ini, segala aktiviti itu dilakukan di Dataran SAM Jeram yang tidak berbumbung, selain di surau atau dalam kelas yang dibuka.



Tabung untuk ibu bapa (kiri) dan pelajar (kanan) menyumbang.

"Saya mahu mengajak masyarakat sama-sama membangunkan sekolah. Banyak aktiviti bermanfaat akan dijalankan di dalam dewan ini apabila ia siap kelak. Bagi mereka yang faham, dari segi ganjarannya memang besar," katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Pengerusi PIBG Sam Jeram, Ir Hasibullah Deris (012-2190 400) atau Eadil (019-220 6072).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain