suria

Wanita kongsi dugaan sebelum nikah, banding nasib bakal pengantin terpaksa tangguh akad nikah kerana PKPB... mula kena slip disc, kemudian ibu didiagnos kanser tahap 4 - “Tentu ada hikmah ”

Aien berkongsi kisah ujian yang dihadapinya menjelang pernikahan, Mac lalu.

UMUM mengetahui kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dilaksanakan bermula Rabu lalu.

PKPB akan dikuatkuasakan selama dua minggu iaitu sehingga 27 Oktober depan.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka yang berada di dalam kawasan yang dikenakan perintah PKPB perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak ada siapa bawa, mak pergi sendiri naik bas pun tak apa” - Tragedi lorong kecemasan! Orkid Cameron Highland tinggal kenangan kerana pemandu treler mengantuk

ARTIKEL BERKAITAN: Nak segera siapkan urusan kahwin anak satu petanda, ayah pergi 4 hari sebelum jadi wali nikah - “Masih ada lagi bau ayah pada jam tangannya”

Ini termasuklah larangan menganjurkan sebarang majlis rasmi atau tidak rasmi melibatkan sektor kerajaan mahupun swasta, serta majlis sosial seperti kenduri dan apa juga sambutan.

Sejak pengumuman tersebut, laman sosial dipenuhi dengan luahan sebilangan pelayar yang menyuarakan rasa sedih dan kecewa kerana terpaksa menanggung kerugian ekoran majlis perkahwinan perlu ditangguhkan.



Walau keberatan, Aien terpaksa meneruskan majlis nikah tanpa ibunya kerana wanita itu mahu ia tetap dilangsungkan.

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman, wanita ini turut membuat coretan mengenai kisah yang dilaluinya ketika diuji menjelang hari bahagianya, Mac lalu.

"Saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan buat dalam bentuk bebenang (thread) di Twitter kerana sejak start PKPB, timeline media sosial kerap kali keluar mengenai luahan mereka yang terpaksa tanggung kerugian sebab majlis tak boleh dilangsungkan.

"Mungkin situasi saya dan yang lain tidak sama, tapi ia adalah ujian yang diberikan untuk kita hadapi. Macam situasi sekarang, nak salahkan sesiapa pun tak boleh sebab pandemik ini tiada siapa yang minta.

"Tapi percayalah, berat sekali pun ujian yang ditanggung, pasti ada hikmah yang disusun. Apa yang boleh dilakukan, terimalah dengan hati yang terbuka, terpaksa telan juga walapun pahit," katanya yang hanya mashu dikenali sebagai Aien Nassir kepada mStar.



Aien dan suami menziarahi ibunya sebaik sahaja majlis selesai untuk meraikan detik bersejarah itu bersama-sama.

Mengimbas kembali kisah sedihnya, Aien berkata pada mulanya dia mengalami 'minor slip disc' tiga bulan sebelum tarikh pernikahan, di mana dia akhirnya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja sebagai seorang pereka hijab di sebuah butik terkemuka di Bangi.

Dugaan bertimpa apabila ibu kesayangan, Hashimah Hashim disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap 4 kira-kira sebulan sebelum majlisnya berlangsung.

Ibu tidur nyenyak sangat hingga kira-kira pukul 4 pagi, ayah kejutkannya untuk minum minuman panas... namun tiada reaksi. Rupa-rupanya ibu meninggal dunia dalam tidur.

AIEN NASSIR

"Ketika itu saya sedang membuat persiapan untuk majlis tapi bila ibu jatuh sakit, saya keliru sama ada nak teruskan atau tangguh. Sebab ketika itu fokus saya dah ke arah ibu. Bayangkan dua hari sebelum majlis baru saya siapkan baju nikah.

"Namun ibu bertegas supaya teruskan walau tanpa dia. Akhirnya pada 6 Mac sebelum PKP, saya dan suami selamat diijabkabulkan. Sebaik sahaja selesai nikah, kami terus pergi hospital dengan memakai baju nikah untuk ziarah ibu," kata wanita berusia 29 tahun ini.

Menurut Aien, keadaan ibunya bertambah merosot ketika tempoh PKP dan apa yang menyedihkan, dia dan ahli keluarga lain terpaksa akur dengan SOP hospital pada ketika itu.



Ibu Aien menghembuskan nafas terakhir pada 26 April selepas beberapa bulan menderita kanser buah pinggang.

"Masa tu hanya seorang saja dibenarkan jaga ibu namun atas budi bicara pihak hospital, kami adik beradik dapat bergilir-gilir menjaga ibu.

"Walaupun kanser tahap 4 tapi ibu tak macam orang yang sedang sakit kanser. Dia boleh berjalan ke tandas sendiri dan rancak bersembang. Hanya pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhir, ibu mengadu haus dan dia nak berbaring dengan selesa.

"Ibu tidur nyenyak sangat hingga kira-kira pukul 4 pagi, ayah kejutkannya untuk minum minuman panas... namun tiada reaksi. Rupa-rupanya ibu meninggal dunia dalam tidur. Ayah sendiri tak menyedarinya walaupun ayah tak tidur langsung.

"Tak ada dengar sebarang bunyi pun semasa hujung-hujung nyawanya," cerita Aien sambil menambah, ibunya meninggal dunia pada 26 April.



Aien reda dengan pemergian ibunya dan percaya semua yang berlaku ada hikmah.

Tidak menyangka sama sekali perkongsiannya menjadi viral, Aien dalam masa yang sama terharu kerana mendapat maklum balas positif daripada pelayar Twitter.

"Mereka DM (direct message), komen dan reply tweet tersebut. Ada yang kongsi pengalaman, ada yang titipkan doa dan ada yang kata perkongsian itu menaikkan kembali semangat mereka yang tengah down.

"Tiada apa yang saya nak katakan... kepada yang sedang melalui ujian, terimalah dengan reda. Jika kita pandang ia dari sudut positif, insyaAllah semuanya akan menjadi positif juga," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain