Nota jujur terlanggar kereta beri kelegaan buat warga Singapura, tak kisah anak peniaga nasi lemak di KL minta tangguh bayar - “Dia kata nilai murni diajar oleh bapanya”

Persahabatan yang terjalin antara Tong Yee (kiri) dengan Shamsul selepas insiden kemalangan kecil benar-benar mengkagumkan netizen. Foto FB Tong Yee

"JUST hit your car at the back, please contact me (Terlanggar bahagian belakang kereta anda, sila hubungi saya)"

Demikian coretan pada nota kecil yang ditinggalkan oleh seorang individu pada cermin kereta yang dilanggarnya secara tidak sengaja dalam kejadian di Kota Singa itu.

Ia kemudiannya dimuat naik oleh pemilik kenderaan berkenaan di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tersentuh hati baca nota, tak sangka masih ada insan berhati mulia” – Kereta tercalar, tapi pemuda ini tetap pulangkan wang

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa biadab? Uncle bawa 4WD terus ‘blah’, tak mahu bincang selepas langgar kereta

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, pemilik kenderaan yang bernama Tong Yee berkata insiden itu berlaku pada pagi Rabu lalu selepas dia baru selesai sarapan.

Ketika sampai di keretanya, dia mendapati ada sekeping nota diselitkan di bahagian cermin menyatakan keretanya dilanggar secara tidak sengaja.

Disebabkan kekangan masa, dia hanya berpeluang menghubungi individu berkenaan pada keesokan harinya.



Tangkapan layar (screenshot) perbualan antara Tong Yee dan Shamsul yang dimuat naik di Facebook.

Menurut lelaki yang juga warganegara Singapura ini, dia terharu dan kagum dengan sikap jujur serta bertanggungjawab individu bernama Shamsul itu.

"Kepada Shamsul, saya belum bertemu dengan anda tetapi saya ingin mengatakan bahawa anda benar-benar memberi semangat kepada saya.

"Saya agak tertekan baru-baru ini. Tetapi anda memberi kelegaan yang saya perlukan. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda dihormati kerana integriti anda," tulisnya dalam perkongsian tersebut dalam bahasa Inggeris.

Dia berkongsi bahawa nilai-nilai murni diajar oleh bapanya dan dia benar-benar percaya pada tanggungjawab.

TONG YEE

PEMILIK KENDERAAN

Jelasnya lagi, dia berasa sangat gembira dan bersyukur dipertemukan dengan insan yang berhati mulia seperti Shamsul.

Selain gambar nota kecil tersebut, turut dimuat naik di Facebook adalah paparan tangkap layar (screenshot) perbualan Tong Yee bersama Shamsul menerusi aplikasi WhatsApp.

Apa yang lebih membuatkan lelaki berbangsa Cina ini terharu adalah sikap berterus terang pemuda rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura itu mengenai pendapatannya.

"Bolehkan saya minta untuk bayar minggu hadapan kerana gaji saya masuk pada Isnin, 28 September," tulis Shamsul sebagaimana perbualan di paparan aplikasi tersebut.



Perkembangan terbaharu yang dikongsikan Tong Yee selepas bertemu dengan Shamsul.

Susulan daripada itu, Tong Yee telah memberi ruang dan masa buat Shamsul untuk membayar kos pembaikian tersebut.

Terbaharu, Tong Yee memuat naik beberapa fotonya bersama Shamsul ketika mereka berpeluang untuk bertemu baru-baru ini.

Mereka sempat menikmati sarapan bersama-sama dan berkongsi cerita antara satu sama lain.

"Dia berkongsi bahawa nilai-nilai murni diajar oleh bapanya dan dia benar-benar percaya pada tanggungjawab.



Perkongsian Tong Yee nyata menyentuh hati netizen yang kagum dengan sikap jujur Shamsul.

"Saya berkongsi berita baik bahawa ada bengkel yang menawarkannya secara percuma, ada juga pihak yang mahu bayarkan untuk Shamsul.

"Kami akhirnya bersetuju untuk menghantar di bengkel yang mengambil bayaran kerana kami mahu menghargai juga mereka yang membaiki kereta. Saya akan kembalikan wang yang disumbangkan.

"Shamsul juga mempelawa saya ke warung nasi lemak ayahnya jika ke Kuala Lumpur. Saya sangat gembira untuk ke sana ketika melawat bapa mentua kelak," ceritanya lagi.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 8,000 shares selain dihujani komen netizen yang mengkagumi sikap mereka dan persahabatan yang terjalin.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain