suria

“Kalau dah Melanau, jangan pakai tudung” - Agama gadis dari Sabah dipersoal, dilabel ahli neraka sebab berhijab

Elly mengakui terbuka hati untuk bertudung sepenuhnya bermula Ogos lalu. -Gambar Hiasan

SEORANG pelajar berdarah campuran Melayu dan Melanau mengakui kecewa apabila status agamanya dipersoalkan individu tidak dikenali menerusi laman Instagram.

Menerusi mesej yang diterima, Elly Maysara Abang Fiqri, 16, diberi amaran agar tidak memakai tudung seperti umat Islam, selain turut dilabel sebagai ahli neraka.

Kecewa dengan apa yang berlaku, dia menghimpunkan paparan skrin mesej individu tersebut sebelum menularkannya di Twitter bagi membuka mata pihak di luar sana agar tidak memainkan isu sensitif itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung tak masuk beg, tuannya tebal muka depan pelanggan, “Dia tanya plastik ke?”

"Saya terima mesej tu pada hari Rabu. Sebelum ni dia pernah DM (direct message) tapi saya tak layan. Tapi kali ni dah melampau, dia main bangsa dan cakap saya bukan Muslim.

"Sebelum ini saya tidak bertudung. Tapi saya dah terbuka hati untuk mula bertudung sepenuhnya sejak Ogos lalu.

"Dia ingat saya bukan Muslim. Dulu dia DM cakap saya murtad. Saya dah sekat akaun itu. Sekarang ada balik, tapi saya tak pasti dia orang sama atau tidak," ujarnya kepada mStar.

Elly sedih apabila membaca mesej penghinaan yang dihantar individu tersebut. -Gambar Hiasan

Mesra disapa Elly, dia mengakui kecewa dengan mesej berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu perbuatan melampau.

Jelasnya lagi, individu itu juga sepatutnya menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Dia pernah cakap, kenapa pakai tudung kalau bukan Muslim? Kalau dah tahu Melanau kenapa nak pakai tudung? Dia siap minta kad pengenalan, lepas saya tunjuk bukti, dia diam.

Selidik dahulu, bukan terus serang melulu. Memang saya sedih.

ELLY MAYSARA ABANG FIQRI

"Saya jelaskan, tak semua Melanau tu bukan Muslim. Kami di Sarawak banyak bangsa dan tak semuanya bukan Muslim. Kami banyak yang berdarah campuran.

"Ada followers tunjuk pada saya, dia buat Instagram Story hina orang Melanau, cakap kami cetek akal dan duduk di pedalaman.

"Saya kecewa sangat-sangat. Lain kali sebelum bercakap, selidik dahulu, bukan terus serang melulu. Memang saya sedih," ujarnya yang menetap di Kuching, Sarawak.

Paparan skrin mesej yang diterimanya.

Ujar Elly lagi, dia mahu individu itu mengambil iktibar dan berhenti melakukan perbuatan sedemikian.

Malah katanya, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima setelah perkara itu menjadi tular di Twitter.

"Mungkin dia tak tahu sebab tak pernah datang ke tempat kami.

Elly mula bertudung sepenuhnya sejak Ogos lalu. -Gambar Hiasan

"Saya nak educate orang di luar sana yang bangsa saya bukan hanya untuk non-muslim sahaja," ujarnya.

Sehingga kini, posting Elly menerima lebih 5,400 ulang kicau (Retweet).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain