suria

Siapa punya kerja? Gempar anjing ‘sang belang’, tawaran hadiah misteri kepada pemberi maklumat - “Nanti tak pasal-pasal mati kena tembak”

Foto seekor anjing yang dicat menyerupai harimau, dikongsikan di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.

GEMPAR seekor 'harimau' dilihat berkeliaran di tempat terbuka tanpa pengawasan, malah menerusi foto yang tular di media sosial, ia kelihatan sedang berehat di belakang sebuah bangunan.

Namun, ia sebenarnya seekor anjing yang disembur cat pada seluruh badannya dengan warna oren berjalur hitam serta putih, sehingga menyerupai seekor harimau belang.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, ia dipercayai merupakan tindakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu bakar kucing diburu, Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Anak pijak kucing sampai mati, ibu pula kuis dengan kaki

Malah, persatuan itu menawarkan hadiah misteri kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat lengkap mengenai anjing berkenaan sekiranya ia berada di negara ini.



Seekor anjing yang dikesan di belakang sebuah bangunan.

"Bantu Animal Malaysia cari tahu lokasi di mana dan milik siapa?

"Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap jika ia dalam negara ini. WhatsApp hotline Animal Malaysia +601120901097," menurut posting Persatuan Haiwan Malaysia sehingga dikongsi lebih 2,400 kali.

Menerusi ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata mengecam pelaku yang tergamak mewarnakan anjing berkenaan.

"Tolonglah ya Allah, hapuskan manusia yang zalim dan tidak berhati perut ini," komen seorang netizen.

"Kasihan dia, rosak nanti bulu dia. Oh my Allah... cannot brainlah manusia sekarang punya fikiran," ujar netizen lain.



Posting Persatuan Haiwan Malaysia mengenai anjing dicat seperti harimau.

"Aku harap setiap malam si pelaku akan terus dibayangi oleh sang belang. Doa supaya setiap hari dilalui dibayangi oleh sang belang," kata netizen yang merujuk kepada gelaran harimau.

"Kasihan dia. Dah la dicat warna raja rimba. Dari jauh orang akan ingat harimau, nanti tak pasal-pasal mati kena tembak sebab orang ingat harimau terlepas," ujar seorang netizen.

Aku harap setiap malam si pelaku akan terus dibayangi oleh sang belang.

NETIZEN

"Kejam si pelaku! Biadab sungguh, kasihan dia nanti nak jilat bulu kena bahan kimia," tambahnya.

Dalam pada itu, terdapat komen yang mendakwa anjing yang dicat seperti harimau itu berlaku di luar negara tetapi tiada pengesahan berhubung tersebut.



Seekor anjing menyerupai harimau dibiarkan tanpa pengawasan.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama kejadian yang menyaksikan anjing dicatkan warna lain oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dilaporkan seekor anjing dicat warna hijau, dikesan di Subang Bestari, Shah Alam, selepas foto-foto haiwan itu dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, November tahun lalu.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, mengecat badan haiwan bukan hiburan sebaliknya satu kesalahan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana termasuk dalam kategori penganiayaan yang boleh membawa kesan mudarat kepada kesihatan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain