suria

Tahan sebak tak nak spoil detik gembira sekeluarga... riak wajah peniaga ikan buktinya, kejutan hadiah telefon pintar tambah seri hari lahir ke-53!

Hilmi Hussin menerima hadiah telefon pintar sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-53.

REAKSI seorang bapa yang cukup teruja apabila menerima kejutan berupa sebuah telefon pintar pemberian anak-anaknya menjadi tular di laman Twitter.

Dikongsi oleh Zahida Saffiya, 19, dia memaklumkan hadiah itu ditaja sepenuhnya oleh abang sulungnya, Ahmad Majdie, 23, sempena ulang tahun ke-53 bapanya, Hilmi Hussin.

Bercerita kepada mStar, pelajar yang mesra disapa Zahida itu mengakui sebak tatkala menyaksikan detik berkenaan dan menganggap ia saat yang cukup menggembirakan seisi keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alahai ayah! 10 anak rancang kejutan birthday, selamba je bapa hias hadiah sendiri - “Tolong sikit je, tapi nak upah banyak”

ARTIKEL BERKAITAN: Last menangis masa dapat SPM 10A, kali ini ayah ‘banjir’ lagi... nyaris kantoi sebelum kejutan kereta baharu menjadi! – “Ayah nak bertenang dulu”

"Kami sambut hari lahir ayah pada Isnin. Ada buat jamuan sikit-sikit. Kami buat kejutan untuk ayah. kebetulan abang sulung ada duit lebih sikit, dia sponsor telefon pintar untuk ayah.

"Sebelum ni ayah ada telefon biasa je. Ini juga kali pertama kami buat kejutan untuk dia. Memang boleh tengok ayah gembira.

"Sebenarnya jauh di sudut hati, saya agak sebak. tapi saya tahan sebab masa tu semua tengah gembira," ujarnya.

Mereka sekeluarga membuat jamuan pada Isnin sempena hari lahir bapanya.

Menurut penuntut Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Petroleum Geosains itu, dia juga tidak menjangka video kejutan yang dikongsinya di Twitter akan menjadi tular.

Jelasnya, dia sekadar memuat naik video itu untuk dijadikan sebagai kenangan dan terkejut dengan reaksi positif yang diterima di laman sosial itu.

"Bila tengok orang lain bagi komen positif, saya bersyukur sangat. Memang tak jangka akan viral.

Sebelum ni ayah ada telefon biasa je.

ZAHIDA SAFFIYA

"Tapi Alhamdulillah sangat. Ayah kami pun bersyukur sangat, dia cakap terima kasih. Senanglah sekarang boleh WhatsApp, boleh video call," ujarnya lagi.

Kata Zahida, bapanya merupakan peniaga ikan yang bekerja di sebuah pasar di Padang Serai, Kedah.

Malah katanya, tiada nilai yang dapat dibandingkan dengan segala pengorbanan dilakukan bapanya selama ini.

Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 100,000 tontonan di laman Twitter.

Peniaga ikan itu menerima sebuah telefon pintar sempena hari lahirnya pada Isnin.

Malah, rata-rata netizen mengakui mereka turut tumpang gembira melihat video berkenaan.

"Comelnyaa! Selamat hari lahir uncle! Semoga panjang umur murah rezeki.

"Teringat pula masa bagi hadiah phone dekat arwah abah. Sempat pakai dua minggu je lepas tu abah dah tak ada.

"Semoga semua yang pernah hadiahkan sesuatu dekat mak ayah korang dipermurahkan rezeki," tulis beberapa pelayar Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain