suria

“Orang perempuan selalu cakap, pakai rantai nampak rempit” - Kongsi foto OOTD dengan kapsyen ‘meminta’, pemuda ‘disekolahkan’ di Twitter

Safiy menerima banyak teguran di laman Twitter setelah dia membuat perkongsian foto sedang pakai rantai.

PERKONGSIAN foto di laman sosial sendiri bukanlah satu perkara yang aneh.

Malah, kewujudan platform itu membantu kita untuk menyimpan segala memori dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.

Namun, lain pula cerita jejaka ini apabila tiga foto yang dikongsi di Twitter menjadi bahan perdebatan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh remaja label bapa ‘mat rempit’, usahawan terpaksa buka cerita zaman muda... duit biasiswa beli motor pertama – “Banyak tahun tak kasi mak ayah duit tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan mat rempit kumpul duit sendiri tolong keluarga susah 'terlepas pandang' ketika PKP - “Kami tak kisah orang sangka buruk”

Hanya mahu dikenali sebagai Safiy, dia mengakui tidak sangka perkongsian secara suka-suka itu akan menerima reaksi luar biasa netizen.

Namun katanya, pemilihan kapsyen yang mengaitkan pemakaian rantai dengan golongan rempit seolah-olah 'makan diri' apabila ramai yang memberikan hujah bahawa perbuatan itu juga salah di sisi agama bagi seorang lelaki.

"Saya sebenarnya tak jangka ia jadi viral. Tu saya buat kapsyen macam tu. Mula-mula tu tak adalah terkejut sebab seorang je qoute tweet tu cakap 'haram'.

Kata Safiy, dia tidak kisah sekiranya ditegur dengan berhemah.

"Selepas tweet orang tu dapat banyak perkongsian, dari situ ramai kecam saya.

"Saya tulis kapsyen macam tu sebab selalunya saya nampak kat Twitter orang perempuan selalu cakap, pakai rantai nampak rempit. Tapi bagi saya tak rempit pun.

"Sebab tu kapsyen saya sinis sikit," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Pesanan saya pada mereka, nak tegur biar beradab.

SAFIY

Menurut pemuda berusia 20 tahun itu, dia peka dengan hukum yang mengharamkan pemakaian rantai dalam kalangan lelaki.

Malah, dia juga terbuka dengan sebarang teguran seandainya ia disampaikan dalam cara yang berhemah.

"Sejujurnya saya gelak dengan kawan-kawan, sebab saya rasa macam kelakar. Bukannya tak nak terima nasihat.

Antara komen di laman Twitter.

"Tapi saya rasa macam... banyak lagi orang lain buat benda sama... tapi kenapa saya kena? Saya tahu ia haram. Mana yang tegur secara beradab, saya hormati.

"Cuma saya tak boleh terima kalau sampai nak maki bagai. Ramai jugalah yang maki. Pesanan saya pada mereka, nak tegur biar beradab," kata Safiy yang menetap di Manjung, Perak.

Jelasnya, foto itu dirakam di Lumut pada Ahad lalu.

Malah, kunjungannya ke lokasi itu hanya untuk merakam gambar OOTD (outfit of the day) secara suka-suka sahaja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Safiy, rempit, rantai, haram

Artikel Lain