suria

Bukan mesin rumput je! Turun bersawah, pasang siling pun gadis ni pernah buat... sakit badan ‘no hal’ - “Tak susah pun, cuma berat sikit”

Aksi Fisya sedang memotong rumput yang tular di Twitter.

KELIHATAN cukup manis dalam foto yang dikongsi di Twitter, namun siapa sangka gadis ini tidak kekok melakukan kerja yang sering dilakukan oleh kaum Adam.

Menerusi satu posting tular, Nurafisya Nasuha Mohd Noor, 22, dilihat sedang memotong rumput di hadapan rumahnya di Pendang, Kedah.

Mesra disapa Fisya, dia mendedahkan foto itu dirakam oleh ibunya dan tidak menjangka ia akan menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang martabat wanita ke?” - Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kejar pencuri motosikal, rakan lelaki pilih rakam, bukan tolong! “Dia cakap tak berani...”

"Itu gambar pada Isnin lepas. Saya tengah potong rumput di pagar depan rumah, tepi jalan. Sebenarnya masa tu tengah tolong abah.

"Iyalah, saya anak sulung daripada tiga beradik, tiada adik lelaki. Sebenarnya itu kali kedua saya guna mesin pemotong rumput. Kali pertama masa usia 18 tahun," ujarnya kepada mStar.

Menurut penuntut bidang Perakaunan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang itu, penggunaan mesin berkenaan tidaklah begitu sukar.

Fisya merupakan pelajar dalam bidang Perakaunan.

"Tak susah pun, cuma mungkin berat sikit. Potong rumput tu pun sikit je. Tapi habis sakit badan.

"Saya sekadar post gambar tu, tak sangka jadi viral. Ramai juga yang puji.

"Antara kerja kasar lain, sebelum ni pernah tolong abah pasang siling dalam bilik air, pernah bersawah juga... ikut bapa saudara," ujarnya yang turut menjalankan perniagaan produk kecantikan secara dalam talian.

Saya anak sulung daripada tiga beradik, tiada adik lelaki.

NURAFISYA NASUHA

Sehingga kini. posting berkenaan menerima lebih 15,500 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Dah lama I cari bakal isteri mesin rumput.

Fisya akui terkejut foto miliknya tular di Twitter.

"Tahniah Fisya bawa naik nama anak sulung perempuan dan tiada adik beradik lelaki.

"Dasyat betullah perempuan yang buat kerja lasak ni

"Ini membuktikan perempuan boleh je hidup berdikari tanpa laki, bila ada laki je mengada, air mineral pon tak boleh buka," tulis seorang lagi netizen secara berjenaka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain