suria

Pergolakan rumah tangga duo YouTuber Sungai Siput makin panas... Pavithra dilabel ‘Bella Astillah 2.0’... ini jawapan empunya badan!

Ada segelintir netizen menggelarkan Pavithra sebagai Bella Astillah versi 2.0 atas tindakannya memaafkan suami, M.Sugu susulan kontroversi kes pukul baru-baru ini.

APA sebenarnya yang berlaku?

Begitulah persoalan yang bermain dalam minda netizen selepas 98 video di akaun YouTube suami isteri 'Sugu Pavithra' lesap sejak Sabtu malam.

Malah, ramai yang mengaitkan kehilangan itu dengan dakwaan kes pukul melibatkan M.Sugu ke atas S.Pavithra yang masih lagi hangat diperkatakan sejak Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat hari sepi tanpa video, YouTube Pavithra diserbu susulan dakwaan dipukul suami - “Sejujurnya saya dah agak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin mereka bergaduh lagi” - Sehari selepas maafkan suami, semua video Sugu Pavithra lesap... ramai doakan yang baik-baik

Di laman sosial, netizen juga masih berteka-teki mengenai perkembangan terbaharu pasangan itu sehingga timbul pelbagai teori.

Tinjauan mStar turut mendapati nama pasangan itu masih lagi menjadi topik perdebatan hangat khususnya di Facebook dan Twitter sehingga Ahad pagi.

"Selepas suaminya dibebaskan. Semua video hilang. Saya tak tahu sebabnya.

98 video YouTube pasangan ini lesap sejak Sabtu. foto: RONNIE CHIN/The Star

"Sedih dengan perkembangan Sugu Pavithra. Ingatkan ada peluang untuk mereka ubah nasib keluarga. Tetapi hakikatnya tidak semua mampu tahan dengan tekanan akibat perubahan yang drastik.

"Hype yang melampau. Dia naik mendadak, jatuh pun mendadak. Kesian sebenarnya.

"Makin tinggi terbang, makin sakit bila jatuh. Kesian.

"Bagus juga dia rehat, nanti buat comeback bila dah reda.

Korang nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus?

BELLA ASTILLAH

"Saya respect Sugu dan Pavithra. Utamakan kebahagiaan rumah tangga over kekayaan dan populariti. Salute," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada netizen membuat andaian pasangan itu menghilangkan diri seketika kerana enggan berhadapan dengan pelbagai komen mengenai isu rumah tangga mereka di laman sosial mahupun menerusi ruangan komen YouTube.

Manakan tidak, tindakan Pavithra yang memaafkan suaminya susulan kes pukul baru-baru ini turut menjadi bahan jenaka segelintir pihak apabila dia disamakan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Malah, ada yang turut berjenaka dengan melabelkan Pavithra sebagai Bella Astillah cawangan Sungai Siput.

Ada yang menyamakan kisah duo YouTuber itu dengan pasangan pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Sebagaimana diketahui umum, Bella pernah memaafkan suaminya, Aliff Aziz selepas pelakon itu dikaitkan dengan dakwaan curang dan sebagainya.

Malah, Bella sendiri menerusi akaun Twitter miliknya pada Sabtu turut mengulas isu itu.

"Korang ni sibuk betul pasal Pavithra. And samakan dia dengan kita kononnya dia Bella Astillah 2.0?

"Just because she chose to maafkan suami dia? Korang nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus? Tak payah fikir pasal anak-anak? Pasal rumahtangga? Pasal keluarga?

"Bukan senang nak buat keputusan. Marriage bukan macam main masak-masak, melibatkan keluarga. Korang nak diorang divorce? Lepas tu baru korang nak bersorak? Tak faham apa yang netizen nak.

Pavithra (kanan) mengakui sudah memaafkan suaminya, Sugu (kiri). foto: BERNAMA.

"Bila orang bergaduh suruh fikir tentang kebaikan pasangan dan anak-anak tapi bila orang dah berbaik pula suruh bercerai?" tulis Bella lagi sehingga menerima lebih 5,200 ulang kicau (Retweet).

Di penghujung bebenang Twitter itu, Bella turut berseloroh dengan berkata "And, glad to know sekarang ‘Bella Astillah’ dah mulai ada cawangan."

Untuk rekod, Pavithra sudahpun menarik balik laporan polis dan membayar wang jaminan RM10,000 bagi kes melibatkan suaminya itu.

Malah, dia juga mengakui sudah memaafkan suaminya dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain