11 Mei tarikh keramat, wanita ini terkedu terima jawapan si janda anak satu - “Suami orang pun lelaki kan?”

Kelu tanpa kata-kata, wanita itu hanya mampu memohon doa kepada Allah agar diberi ketabahan. (Gambar Hiasan).

ADA wanita yang boleh menerima poligami, namun ramai juga yang berkeras dan enggan berkongsi kasih dengan insan lain.

Begitu juga dengan luahan wanita ini menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga yang bercerita mengenai keadaan kehidupannya.

Menurut wanita itu, dia pada 11 Mei lalu menerima satu soalan yang cukup mengejutkan daripada suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri kedua bukan perampas, tapi takdir” - Kecoh kaum Adam dan Hawa berbalah, betul ke suami gatal susah nak kawal?

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram

"8.45 malam, tarikh dan masa suami meminta izin berkahwin lain dengan alasan dah jatuh cinta pada dia. Janda anak satu.

"Diam lama, tak terkeluar satu ayat pun dari mulut nak meluah. Terasa di awang-awangan. Betapa bodoh saya selama ini diperbodohkan," luah wanita itu.

Ujarnya, dia tahu suaminya itu sedar akan segala kesusahan dan pengorbanan yang dilakukan untuk keluarga selama ini.

Wanita itu memohon doa agar diberi ketabahan untuk menghadapi dugaan itu dengan anak-anaknya. (Gambar Hiasan)

Namun, hasrat terbaharu suaminya itu bagaikan meranapkan segala kepercayaan yang dibina sepanjang melayari bahtera rumah tangga.

"Dia tahu saya bersusah payah untuk dia dan anak-anak. Tapi dia boleh jatuh cinta dengan orang lain tanpa saya sedar?

"Kepercayaan bertahun runtuh berderai. Tak ada tempat meluah selain dari-Nya. Tenang, cuma terasa sakit," kata wanita itu.

Terasa di awang-awangan. Betapa bodoh saya selama ini diperbodohkan.

ISTERI

Tambahnya lagi, dia juga seakan-akan kelu dan tiada jawapan atas permintaan suaminya untuk menikahi ibu tunggal berkenaan.

"Katanya dah terlalu sayang pada si dia. Tak mampu lepaskan. Saya mesej dia, tanya kenapa suami orang?

"Jawapan dia, suami orang pun lelaki kan. Hmm. Minta semua doakan saya dan anak-anak kuat hadapi dugaan ini. Kuat sangat," ujarnya lagi.

Dikongsi pada Ahad malam, posting itu sehingga kini menerima lebih 4,300 tanda suka dan dihujani hampir 800 komen.

Rata-rata netizen memohon wanita itu bersabar atas dugaan yang menimpa rumah tangganya.

Wanita itu mengakui hilang kata-kata dan masih tidak tahu apa jawapan yang sepatutnya diberi kepada suami. (Gambar Hiasan)

Pada masa sama, mereka turut menyelar ibu tunggal tersebut kerana kehadirannya yang menjadi orang ketiga dan mampu meruntuhkan hubungan yang sudah lama dibina.

"Tak ke mana spesis tak boleh hormat hubungan orang lain ni.

"Saya pun pernah rasa dahulu. Semoga tabah. Memang sakit hati, tak dapat terima kenyataan.

"Dari jawapan perempuan tu, kita boleh tahu dia macam mana. Sepatutnya dia reply dengan ayat lebih sopan sebab dia yang nak berkongsi kasih.

"Tapi saya geram dengan jawapan pihak perampas. Memang kurang ajar dan kurang adab," tulis beberapa pelayar Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

poligami, rumah tangga, janda, isteri

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain