suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Isteri kedua bukan perampas, tapi takdir” - Kecoh kaum Adam dan Hawa berbalah, betul ke suami gatal susah nak kawal?

Ada yang setuju, tak kurang juga yang tidak setuju dengan kenyataan tular itu.

KEHADIRAN insan ketiga boleh diibaratkan seperti satu ujian besar dalam rumah tangga.

Ada yang boleh menerima poligami, ada juga yang enggan bermadu dan memilih jalan penceraian.

Terbaharu, kenyataan pendek penuh sensasi yang ditulis seorang pelayar Facebook ternyata menerima reaksi luar biasa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

"Isteri kedua bukan perampas, tapi takdir," tulis individu itu.

Dikongsi dalam Facebook Info Roadblock Di Kelantan (IRDK crew), ia sehingga kini menerima lebih 2,300 tanda suka dan hampir 1,000 komen.

Rata-rata netizen memberikan pendapat berbeza.

Netizen memberikan pandangan berbeza mengenai isu isteri kedua di Facebook.

Malah, perbezaan pendapat itu lebih jelas dilihat antara netizen lelaki dan wanita.

Lebih teruk, ramai yang menghentam golongan isteri kedua yang dianggap sebagai peruntuh rumah tangga.

Jangan salahkan takdir, dah jenis suami gatal. Kalau isteri tu cantik pun, kalau jenis gatal dia tetap kahwin lain.

NETIZEN

"Takdir yang kau tak nak elak. Tanpa rasa bersalah selamba je jawapan kau bagi.

"Perjalanan ini Allah yang tentukan, kita hanya merancang yang selebih itu ketentuan Allah, bak kata pepatah rezeki, jodoh, ajal dan maut semua kententuan Allah.

Posting asal yang tular.

"Jangan salahkan takdir, dah jenis suami gatal. Kalau isteri tu cantik pun, kalau jenis gatal dia tetap kahwin lain," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang membuat teguran dan berpendapat isu itu tidak patut dibahaskan ketika umat Islam sedang meraikan Aidilfitri.

Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain