Ibu hidap kanser tak menang tangan jahit manik pada selipar selepas diramal hanya ada 9 bulan untuk hidup... anak berkorban jaga 3 wanita tersayang

Kisah mengenai Azian menjadi tular setelah dikongsi anaknya di laman Twitter.

KREATIVITI seorang pesakit kanser limfoma tahap empat yang menjahit manik pada selipar ternyata mencuri tumpuan ramai.

Sentuhan magis Azian Shaharuddin, 57, turut dihujani dengan mesej-mesej netizen yang mahu mendapatkan produk tersebut setelah ia ditularkan di Twitter oleh anak sulungnya, Ben Farid Mohd Shaharudin pada Sabtu.

Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 34 tahun itu mengakui sekadar mencuba nasib dan tidak menyangka ia bakal menerima reaksi luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh cakap, lidah mak keras sepenuhnya” - Bermula dari ulser, kini leher berlubang... anak kongsi derita ibu hidap kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Hidap kanser, wanita ini tak nak layan perasaan cuma ‘semak’ kepala berdepan soalan orang tak sensitif - “Dah nak kena, tak boleh buat apa... terima sajalah, kita kena terima!”

"Saya sekadar nak mencuba. Saya pun kongsi sekeping gambar sahaja. Tiba-tiba ramai orang DM (direct message).

"Ramai sangat sampai tak terbalas, saya sangat bersyukur. Sebenarnya mak suka buat kraf, memang minat dia.

"Semenjak dia sakit dan duduk di rumah, saya bagi cadangan suruh dia buat. Biasanya dia akan buat atas permintaan sahaja jika ada orang order," ujarnya sewaktu dihubungi.

Antara jahitan manik pada selipar yang dihasilkan ibu Ben.

Mesra disapa Ben, pegawai khidmat pelanggan yang menetap di Shah Alam, Selangor itu mendedahkan ibunya sudah didiagnos dengan penyakit itu sekitar tiga tahun lalu.

Malah, ibunya yang sebelum ini bekerja dalam bidang pemasaran turut menderita sakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

"Sewaktu disahkan ada kanser, doktor maklumkan mak hanya ada masa sembilan bulan. Mula-mula dapat tahu memang sedih, sebab mak tiada galang ganti.

Jadi raya tahun ini agak berbeza. Kami juga mengamalkan konsep tak terima tetamu, risau risiko jangkitan khususnya pada mak dan nenek.

BEN FARID MOHD SHAHARUDIN

ANAK

"Tapi Alhamdulillah sampai sekarang mak masih lagi dipanjangkan umur. Ayah saya pula sudah meninggal akibat sakit jantung pada tahun 2001," kata Ben.

Selain ibu, Ben turut menjaga neneknya yang kini berusia 82 tahun serta satu-satunya adik perempuannya yang turut sakit sejak awal tahun lalu.

"Saya jaga mak, nenek serta adik perempuan saya. Adik jatuh awal tahun lalu dan mengalami koyak ligamen.

Ben berkongsi mengenai kraf hasil tangan ibunya di Twitter.

"Jadi raya tahun ini agak berbeza. Kami juga mengamalkan konsep tak terima tetamu, risau risiko jangkitan khususnya pada mak dan nenek," kata Ben lagi.

Selain jahitan manik pada selipar, ibunya turut menghasilkan jahitan cross stitch.

Sehingga kini, posting Ben yang mempromosikan kraf tangan ibunya menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kanser limfoma, manik, selipar

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain