Famili tak tahu, 3 tahun gadis ini derita akibat stres sampaikan selalu cederakan diri... nasib baik ibu saudara bantu – “Mereka memahami, tak judgemental”

Erika berkongsi pengalamannya yang berdepan dengan masalah tekanan sebelum mendapatkan bantuan daripada Befrienders baru-baru ini.

ISU kesihatan mental merupakan satu perkara yang tidak boleh dianggap remeh.

Pelbagai perkara yang boleh mendorong seseorang berdepan dengan masalah ini, antaranya tekanan di sekolah, tekanan di tempat kerja, keadaan kewangan, trauma di masa lampau dan sebagainya.

Kegagalan mendapatkan rawatan segera akan menjadikan keadaan bertambah buruk, baik buat yang berdepan dengan masalah ini mahupun orang di sekelilingnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu kaunseling jaja cerita, ustazah pecah rahsia! Pelajar dakwa tukar sekolah selepas dimalukan guru dalam kelas - “Saya terpaku disuruh buat pengakuan depan rakan”

ARTIKEL BERKAITAN: Baring di lantai jam 3 pagi menangis pandang siling, lari keluar kelas, tapi gadis alami gangguan mental ini dapat 11A dalam SPM, PT3... ini nasihatnya!

Sepertimana posting oleh seorang gadis ini di Twitter, dia tidak keberatan untuk berkongsi pengalamannya yang berdepan dengan tekanan sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan Befrienders.

Befrienders merupakan satu pertubuhan sukarela bagi membantu mereka yang berdepan isu kesihatan mental.

"Saya berdepan dengan masalah ini sejak 2017. Puncanya, ia berbeza-beza kerana ada saja sebab yang berlainan setiap tahun. Tapi sebab utama adalah persekitaran dan trauma yang dialami sewaktu kecil," katanya kepada mStar.



Erika yang kini berusia 16 tahun berdepan dengan isu kesihatan mental sejak tiga tahun lalu.

Menurut gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Erika, ketika berjuang dengan tekanan yang dihadapinya, dia sering mencederakan diri sendiri kerana selalu terfikir untuk menamatkan riwayat sendiri.

Masalah tersebut dipendam seorang diri tanpa diceritakan kepada sesiapa termasuk ahli keluarganya sendiri.

"Hubungan saya dengan keluarga ketika itu tak begitu rapat. Mereka tak tahu sebab saya sorokkan kesan-kesan parut akibat cederakan diri sendiri.

"Namun semuanya terbongkar selepas seorang ibu saudara saya dapat tahu. Sejak itu, ibu saudara saya sering membantu dalam pelbagai perkara. Dia banyak mengubah hidup saya.

"Keluarga saya hanya tahu pada tahun ini. Alhamdulillah, perkara ini merapatkan hubungan kami," ujar gadis yang kini berusia 16 tahun.

Ibu saudara saya itu juga yang cadangkan untuk hubungi talian Befrienders. Pertama kali hubungi baru-baru ini, mereka beri saya ruang meluahkan semua masalah dan apa yang saya rasa.

ERIKA

Menurut Erika, sebelum ini dia pernah bertemu dengan seorang pakar kaunseling bahagian psikiatri di hospital bagi mendapatkan rawatan terhadap masalah yang dihadapinya.

"Tapi kali terakhir bertemu adalah pada 1 Mei lalu. Agak lama juga tak bertemu sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun, saya masih belum dianalisa sepenuhnya dan tak tahu jenis masalah yang saya alami. Sejak kali terakhir bertemu dengan kaunselor itu sehingga kini, beberapa kali suicidal thought datang.



Erika berkongsi pengalamannya di Twitter.

"Ibu saudara saya itu juga yang cadangkan untuk hubungi talian Befrienders. Pertama kali hubungi baru-baru ini, mereka beri saya ruang meluahkan semua masalah dan apa yang saya rasa.

"Kemudian mereka analisa dan beritahu saya berkemungkinan menghidap bipolar. Kemudian mereka guide apa yang perlu, bagaimana nak dapatkan rawatan dan sebagainya," ujar gadis yang berasal dari Melaka ini.

Tambah Erika, tujuannya berkongsi pengalaman di media sosial adalah untuk memberi kesedaran kerana segelintir masyarakat yang berdepan dengan isu kesihatan mental tidak tahu apa yang harus dilakukan.



Pelbagai punca yang mendorong seseorang berdepan dengan tekanan antaranya masalah keluarga, kewangan dan sebagainya.

"Mungkin ada yang sebaya saya berdepan dengan isu sama, dan ada yang rasa tak ada sesiapa nak tolong. Talian ini sangat membantu... mereka memahami dan tak judgemental.

"Sedikit sebanyak ia mengubah cara saya berfikir. Ia guide macam mana nak handle bila perasaan negatif tu datang.

"Pada yang hadapi masalah yang sama seperti saya, saya tahu ia memang sukar. Jangan fikir tak ada orang yang nak tolong. Percayalah, selagi kita berusaha, insyaAllah akan ada kegembiraan nanti," ujarnya menutup bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Befrienders, mental, depresi, bunuh diri

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain