Demi PS4! Gigih budak 10 tahun jual jus mangga, siap ada peminat... tak menang tangan lepas viral di Twitter

Kisah mengenai kegigihan Danish menerima pujian ramai di laman Twitter.

SEAWAL usia 10 tahun, kanak-kanak lelaki ini sanggup berniaga jus mangga demi mendapatkan permainan idamannya, Sony PlayStation 4 (PS4).

Kisah mengenai kegigihan Danish Izzuddin dikongsi di Twitter oleh kakaknya, Sally Nur Dinie, 17, sehingga ia mencuri perhatian ramai.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Sally mendedahkan adiknya baru sahaja memulakan perniagaan sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cara dia cakap buat saya hilang kata-kata” - Ramai kagum tengok peniaga cilik bagi free gift doa... rare dan tak fake!

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak budak berpanas jual kuih kapit tepi simpang, gadis mengaku beli sebab simpati... selepas makan ini reaksinya!

"Sebenarnya dari tahun lepas adik nak PS4, tapi mak kata kena dapat nombor satu dalam peperiksaan, tapi tak dapat.

"Jadi mak saya pula berniaga jeruk mangga. Ayah bagi cadangan supaya adik jual jus mangga. Adik memang gembira, dia kata lagi cepat sikit dia dapat PS4," ujarnya.

Menurut Sally lagi, dia juga bersyukur apabila perniagaan adiknya itu menerima maklum balas positif setelah ia menjadi tular di Twitter.

Sally bersama adiknya, Danish.

Menetap di Puchong, dia mengakui ada individu dari luar Selangor turut berminat membeli jus buah yang diusahakan adiknya itu.

"Permintaan bertambah selepas saya post di Twitter. Ada yang dari luar Selangor pun nak beli. Sekarang kami jual secara COD (cash on delivery) sahaja.

"Yang luar Selangor tu, dia siap bank in duit dan minta jus tu disedekahkan kepada orang lain. Alhamdulillah, lebih 100 botol sehari.

Selain jus, keluarga mereka turut berniaga jeruk mangga.

"Saya terharu sebab ramai orang Malaysia baik nak sokong walaupun sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), susah dapat duit...

"Mereka nak sokong perniagaan adik saya, nak bantu. Saya doakan mereka sentiasa sihat dan selamat, terima kasih sangat," ujar Sally lagi.

Adik saya ni seorang yang pemalu, tapi dia suka buat lawak. Dia sendiri terlibat dalam proses penghasilan jus tu dan akan ikut setiap kali dihantar kepada pelanggan.

SALLY NUR DINIE

KAKAK

Kata gadis itu, dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang asing kerana ibu bapanya turut berkecimpung dalam bidang sama.

Selain ibunya yang berniaga jeruk mangga, bapanya memiliki sebuah kafe dan turut mengusahakan dewan untuk acara keraian serta taman haiwan (animal garden) di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

"Adik saya ni seorang yang pemalu, tapi dia suka buat lawak. Dia sendiri terlibat dalam proses penghasilan jus tu dan akan ikut setiap kali dihantar kepada pelanggan.

Selain kafe, bapanya turut mengusahakan dewan acara di Maeps.

"Dia pun selalu tolong ayah di kafe. Kami juga selalu tolong mak buat jeruk. Ayah pun dah lima ke enam tahun buka kafe," ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting Sally mengenai perniagaan adiknya itu menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ramai yang memuji kanak-kanak itu kerana sanggup berusaha sendiri demi mendapatkan apa yang diingininya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain