suria

Semua bagus tapi tak ada harapan dapat 5 bintang! Ragam pelanggan tinggalkan komen, review produk boleh buat peniaga urut dada

Pelbagai ragam pelanggan dapat dilihat meskipun pembelian dibuat secara dalam talian.

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk membuat pembelian secara dalam talian.

Selain menjimatkan masa, ia juga sebagai salah satu cara menyahut seruan kerajaan agar 'duduk di rumah' dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Bercakap soal pembelian secara dalam talian atau 'online', platform itu biasanya membolehkan pelanggan memberi ulasan (review) serta jumlah bintang sebagai indikasi kepuasan hati atas produk yang diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer tak hirau bulan mulia! Pelajar akui terpedaya tutur kata sis penjual kamera online - “Cara dia bercakap pun baik...”

ARTIKEL BERKAITAN: Suka shopping online tapi takut ditipu scammer? Pengguna dinasihat guna sistem pembayaran escrow

Terbaharu, tular satu posting ulasan pelanggan di laman Twitter yang mana kata-kata yang ditinggalkan cukup membuat netizen terhibur.

"Seller respon bagus. Item sampai dengan baik. Semua bagus.



Antara komen tidak masuk akal yang ditinggalkan pelanggan menerusi platform beli belah online.

"Tapi bagi empat bintang (dari lima bintang) sahaja sebab kesempurnaan milik Allah.

"Semoga berjaya di sini dan sana," tulis pelanggan itu.

Korang belum lagi jumpa review yang tiada kaitan dengan produk tiba-tiba letak gambar lucah.

NETIZEN

Paparan skrin ulasan di sebuah platform membeli belah dalam talian itu ditularkan di Twitter oleh seorang individu dikenali sebagai @_meonism.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 13,600 ulang kicau (Retweet).



Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang turut berkongsi kisah lebih kurang sama.

Selain itu, ada yang turut memberi ulasan yang tiada kena mengena dengan produk jualan seperti resipi masakan dan sebagainya.

"Korang belum lagi jumpa review yang tiada kaitan dengan produk tiba-tiba letak gambar lucah.



Posting asal yang ditularkan di Twitter.

"Aku pernah weh kena tegur sebab bagi empat bintang.

"Just like my ustaz. Gred A itu milik Allah, so semua orang dapat B.

"Fuh seller yang baca entah-entah terus nangis insaf," tulis beberapa netizen secara berjenaka.

Apa-apapun, amalkan budi bahasa dalam meninggalkan ulasan dan komen terhadap mana-mana produk dalam platform jual beli dalam talian kerana ia mencerminkan akhlak kita.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain