suria

“Prinsip ayah saya pegang, berani kerana benar” - Anak arwah Aziz Desa beri pesanan lucu tapi ‘makan dalam’ untuk bekas kekasih

Zhiddin aktif menghasilkan video-video di laman sosial.

"SAYA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah hadir dalam hidup saya, banyak jasa yang telah anda sumbangkan, antaranya anda membuktikan kepada masyarakat bahawa saya cinta terhadap binatang."

Demikian jawapan anak bongsu pengacara popular, Allahyarham Aziz Desa menerusi video soal jawab "Pesanan Buat Ex (bekas kekasih)" yang dibuat menerusi Instagram miliknya.

Menurut Mas Zhiddin Zhiddan, 18, dia sama sekali tidak menyangka video secara spontan yang disulami elemen jenaka itu berjaya menarik perhatian ramai di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya je duduk Langkawi jaga kubur ayah” - Anak arwah Aziz Desa tenang dikutuk cemar keturunan

ARTIKEL BERKAITAN: “Abang saya mula dari bawah” - Bapa dah lama tiada, ‘membawang’ masih ada... anak arwah Aziz Desa jawab tuduhan guna kabel

Selain jawapan tersebut, lenggok tutur katanya yang tersusun rapi dengan intonasi menarik turut menerima pujian ramai sehingga disebut-sebut sebagai bakal pembaca berita.

Mesra disapa Zhiddin, dia mengakui minatnya ke arah bidang itu hanya timbul secara tiba-tiba sebulan selepas kematian bapanya pada 2015.

"Masa ayah masih ada, saya tak nampak bakat ni, saya hanya minat bersukan. Main bola sepak, bowling, badminton.

Minat ke arah bidang bahasa menjelma dalam diri Zhiddin sebulan selepas pemergian bapanya pada 2015.

"Sebulan lepas ayah meninggal, saya beralih kepada ko-akademik. Semua yang berkaitan dengan bahasa seperti pidato, sajak, forum, pantun saya sertai.

"Mak cakap saya macam jelmaan ayah. Masa dulu-dulu serius tak minat nak jadi macam ayah. Tiba-tiba ia datang," ujarnya kepada mStar.

Namun kata Zhiddin, dia tidak menetapkan sebarang cita-cita khusus dalam dirinya, namun turut mempunyai minat untuk menjadi ahli politik.

Saya tengok ayah jenis humble. Saya pun cuba jadi macam dia. Prinsip ayah yang saya pegang, berani kerana benar.

MAS ZHIDDIN ZHIDDAN

PELAJAR

Menurut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia juga ada membuat permohonan untuk menyambung pengajian dalam bidang Pentadbiran Awam.

Mengulas video tularnya di laman sosial, Zhiddin berkata video "Pesanan Buat Ex" tersebut bukanlah video pertama miliknya yang menjadi tular..

Bukan menagih perhatian, namun dia menggunakan platform tersebut untuk berkongsi minat serta mengasah lagi bakat yang ada.

Zhiddin merupakan anak bongsu Allahyarham Aziz Desa.

"Macam video soal jawab tu saya buat di Instagram, impaknya tak nampak sangat. Jadi saya kongsi pula di Twitter.

"Jawapan yang saya beri tu, dalam berjenaka, ada geram sikit... dicampur dengan pengalaman sendiri," ujarnya berseloroh.

Bercerita lanjut mengenai bapanya, Zhiddin mengakui selalu melihat figura kesayangan ramai itu di kaca televisyen suatu ketika dahulu namun tidak pernah menyedari kehebatannya.

Bersama salah seorang abangnya, Zhaeim (kiri).

Namun kata Zhiddin, sikap bapanya yang sentiasa merendah diri dan bercakap berpaksikan kebenaran menjadi pegangan dirinya sehingga kini.

"Sewaktu saya masih kecil, selalu tengok ayah kat TV. Pergi mana-mana orang selalu tanya, ada yang terkejut bila tahu saya anak Aziz Desa.

"Saya tak nampak Aziz Desa hebat, lepas ayah meninggal baru saya sedar. Mungkin masa tu saya masih kanak-kanak.

Zhiddin bersama ibunya, Raden Nur Azlina Raden Jumari.

"Saya tengok ayah jenis humble. Saya pun cuba jadi macam dia. Prinsip ayah yang saya pegang, berani kerana benar.

"Ia juga menjadi salah satu pendorong saya sertai debat dan pidato," ujarnya yang baru sahaja diangkat sebagai juara pertandingan pidato kebangsaan yang dianjurkan secara dalam talian baru-baru ini.

Ujar Zhiddin lagi, dia berhasrat mengikuti jejak langkah bapanya, namun mahu tampil dengan identiti sendiri dengan melakukan apa yang disukainya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain