suria

Scammer tak hirau bulan mulia! Pelajar akui terpedaya tutur kata sis penjual kamera online - “Cara dia bercakap pun baik...”

Ikmal berasa ralat selepas diperdaya seorang peniaga online Jumaat lalu.

HARI pertama Ramadan sepatutnya dilalui dengan penuh rasa syukur dan gembira, namun lain pula ceritanya melibatkan jejaka ini.

Malang nasib Ikmal Arief Niyazi Che Razi, 23, apabila wang RM2,000 miliknya lesap ditipu seorang peniaga dalam talian.

Mesra disapa Ikmal, dia berasa ralat atas kejadian itu, tambah-tambah lagi ia berlaku pada hari pertama umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa, Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampainya hati! Baru sehari peluk Islam, dah ada yang tipu mualaf, “Menangis bukan sebab duit tapi sebab nak al-Quran”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak sangat dah scam kat situ” - Sedang cakap telefon dengan scammer... sedar-sedar duit dalam bank dah lesap, polis pun pelik!

"Saya sebenarnya tengah cari kamera DSLR. Saya lihat iklan di Carousell. Orang tu antara option saya sebab dia bagi lengkap barang-barang kamera.

"Harga RM2,100 tapi dia bagi RM2,000 free caj penghantaran dan perlindungan insurans.

"Saya cari kamera sebab baru berjinak-jinak buat wedding photography. Sebelum ni saya pinjam kamera kawan," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.



Posting Akmal di Twitter.

Menurut penuntut bidang Seni Reka Dalaman Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor itu, dia juga berasa kecewa dengan diri sendiri atas kecuaiannya tempoh hari.

Malah katanya, niat untuk jimat beberapa ratus juga bertukar duka apabila wang RM2,000 lesap begitu sahaja akibat ditipu.

"Masa tu saya fikir positif sahaja. Cara dia bercakap pun baik. Bila dia block nombor telefon saya pada hari pertama puasa, saya dah tahu saya jadi mangsa scam.

Dia buat dalam bulan puasa, Saya harap dia bertaubat dan pulangkan balik duit tu.

IKMAL ARIEF NIYAZI CHE NAZRI

PENUNTUT UIAM

"Ralat, rasa kecewa dengan diri sendiri. Saya agak tergopoh-gopoh. Tak minta pendapat orang dulu.

"Nak jimat beberapa ratus, terus lesap RM2,000. Laporan polis tak buat lagi, tapi saya akan pergi buat nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Ikmal turut membuat hebahan mengenai aktiviti licik scammer itu sehingga ia menjadi tular di Twitter.



Ikmal berharap pelaku jenayah itu agar bertaubat dan berhenti melakukan kerja sedemikian.

Malah kata Ikmal, beberapa mangsa turut menghubunginya, berkongsi pengalaman mereka dengan penipu yang sama.

"Saya takut orang lain kena juga. Sebab tu saya post. Ada tiga atau empat orang juga yang direct message (DM) saya.

"Mereka pun kena dengan scammer yang sama. Saya ada juga minta tolong kawan untuk detect nombor telefon tu.



Antara hasil kerja Ikmal dalam bidang wedding photography sebelum ini.

"Kawan saya kata location tunjuk yang scammer tu ada di Shah Alam. Kalau ada rezeki, harap dapat balik duit tu," ujarnya.

Dalam pada itu, Ikmal juga berharap agar si pelaku dapat bertaubat dan berhenti membuat kerja-kerja sedemikian.

"Harap dia berubah. Kita tak boleh lari. Kalau kat dunia tak berkat, kat akhirat tak lepas.

"Dia buat dalam bulan puasa, Saya harap dia bertaubat dan pulangkan balik duit tu," ujarnya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain