suria

Hendak 1000 daya! Wanita hamil terkejut jurugambar ajak buat photoshoot online... hasilnya wow tak dijangka

Amirrudin menggunakan aplikasi FaceTime untuk mengambil gambar pelanggannya.

TIDAK dapat dinafikan, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menyebabkan aktiviti harian terganggu, tapi kalau dah kreatif tu, apa jua cabaran yang dihadapi pasti ada sahaja penyelesaiannya.

Disebabkan tidak boleh keluar rumah untuk melakukan sesi penggambaran, seorang jurugambar tetap meneruskan sesi tersebut dengan mengubah sedikit kaedah fotografi yang biasa dilakukan sebelum ini..

Ketika dihubungi mStar, Ahmad Amirrudin Ali Hasan memberitahu bahawa dia melakukan sesi penggambaran bersama pelanggannya hanya secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau terpijak, keluar habis isi perut!” - Detik cemas tapi fun di malam berinai... Plan tak menjadi, jurugambar nyaris hempap 7 gadis pingitan

ARTIKEL BERKAITAN: Situasi kelam kabut berakhir dengan ‘babak’ tumbuk bawang depan pensyarah, rakan sekuliah - “Selalu ibu ada di rumah...”

"Client saya memang dah set masa nak buat photoshoot untuk maternity sewaktu bulan puasa.

"Namun disebabkan PKP, kami tak boleh nak teruskan rancangan tersebut. Dari situ datang idea saya nak buat photoshoot secara online," katanya.

Tambah Amirrudin lagi, pelanggannya turut hairan pada awal idea tersebut dicadangkan, namun tetap memberi kepercayaan kepada Amirrudin untuk melakukan tugasnya.



Video yang dimuatnaik Amirrudin mendapat perhatian netizen.

"Nasib baik client ni dah lama kenal. Daripada bertunang, berkahwin sehinggalah mengandung mereka guna servis saya untuk mengambil gambar.

"Sabtu lepas saya buat online photoshoot guna FaceTime, dalam tempoh satu jam," ujar lelaki yang berusia 25 tahun itu.

Namun disebabkan PKP, kami tak boleh nak teruskan rancangan tersebut. Dari situ datang idea saya nak buat photoshoot secara online.

AHMAD AMIRRUDIN ALI HASAN

JURUGAMBAR

Jelas Amirrudin lagi, ini merupakan pengalaman pertamanya melakukan sesi penggambaran secara online dan terdapat sedikit perbezaan dengan teknik yang biasa.

"Susah sedikit sebab saya tiada bersama mereka. Jadi sebelum sesi penggambaran dibuat, saya kena ambil tahu terlebih dahulu tempat yang mereka ingin gunakan serta pencahayaan mereka.



Amirrudin memberitahu bahawa susunan kamera dilakukan sendiri oleh pelanggannya atas cadangan yang diberikan.

"Kalau secara bersemuka, saya tahu mana nak susun kamera, tunjuk gaya yang sesuai untuk mengambil gambar.

"Kadang-kadang pelanggan tidak mempunyai tripod untuk menstabilkan telefon mereka jadi saya perlu cadangkan benda lain seperti pasu bunga, meja dan lain-lain.

"Cabaran bagi saya juga adalah dari segi editing. Gambar daripada kamera berbeza dengan telefon bimbit. Jadi saya memastikan gambar tersebut menjadi 'hidup' dan warna juga penting bagi memastikan hasilnya kemas," kata Amirrudin yang mula menceburi bidang fotografi sejak lapan tahun yang lalu.



Amirrudin kini berusia 25 tahun.

Amirrudin turut memberitahu bahawa pelanggan juga perlu 'sporting' bagi sesi fotografi secara dalam talian kerana ia memerlukan usaha yang lebih.

"Banyak sikit nak kena buat bila ambil gambar online. Masing-masing jauh, jadi klien kena ikut arahan jurugambar untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

"Dari segi kualiti gambar, ia bergantung kepada telefon klien itu sendiri. Semakin canggih telefon, semakin cantik gambar yang dihasilkan," jelasnya.



Antara hasil akhir gambar yang ditangkap secara dalam talian.

Ketika ditanya mengenai perniagaannya sewaktu PKP ini, Amirrudin memberitahu bahawa dia dan jurugambar lain agak terkesan dengan penundaan majlis perkahwinan.

"Pendapatan saya agak terjejas sewaktu PKP ni. Mujur pelanggan hanya tangguh sesi penggambaran, tiada pihak yang rugi.

"Buat sementara waktu, saya sedang belajar untuk menjual gambar kepada agensi-agensi sebagai contoh Photostock sebagai pendapatan sampingan," ujar Amirrudin yang mahir mengambil gambar perkahwinan, lifestyle dan potret.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p


Artikel Berkaitan

Artikel Lain