suria

Suka shopping online tapi takut ditipu scammer? Pengguna dinasihat guna sistem pembayaran escrow

Carousell memberi jaminan kepada keselamatan pelanggan. foto: Carousell Photographer: Ore Huiying/Bloomberg

MALANG tidak berbau!

Begitulah yang dapat menggambarkan nasib seorang pelajar apabila dia kerugian RM2,000 akibat ditipu penjual dalam talian menerusi laman Carousell pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer tak hirau bulan mulia! Pelajar akui terpedaya tutur kata sis penjual kamera online - “Cara dia bercakap pun baik...”

Susulan kejadian itu, platform beli-belah dalam talian berkenaan dalam satu kenyataan kepada mStar mengakui keselamatan dan kepercayaan pelanggan menjadi keutamaan mereka.

Menurut Pengurus Negara (Malaysia), Carousell, Tang Siew Wai, pihaknya sentiasa bekerja keras dalam memastikan tiada sebarang penipuan berlaku dalam kalangan pengguna mereka.

"Kami menasihatkan pengguna menggunakan Carousell Protection apabila membuat transaksi dalam Carousell.



Kisah scammer dalam Carousell yang dikongsikan Ikmal tular di Twitter.

"Ia merupakan kaedah pembayaran escrow (disimpan pihak ketiga) yang mana wang hanya akan dihantar kepada penjual setelah pembeli membuat pengesahan ke atas barang tersebut," ujarnya.

Lebih selamat kata Carousell, komunikasi antara dua pihak itu sepatutnya dibuat dalam aplikasi mereka sahaja.

Jika menghadapi sebarang masalah sedemikian, orang ramai juga boleh membuat laporan menerusi http://caro.sl/contact-carousell.

Menerusi laporan pada Selasa, Ikmal Arief Niyazi Che Razi, 23, mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan kamera DSLR.

Lebih perit katanya, kejadian itu berlaku pada 1 Ramadan lalu.

Carousell, scammer, escrow

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu