suria

Pesakit Covid-19 boleh kena strok, serangan jantung? KP Kesihatan senaraikan 3 faktor penyebab

Ada tiga faktor yang boleh menyebabkan pesakit Covid-19 terkena strok.

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan serangan strok boleh menyerang dalam kalangan pesakit Covid-19.

Menerusi sidang media hariannya pada Selasa, Dr Noor Hisham turut memberikan penjelasan terperinci mengenai hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP fasa 3 berakhir, Malaysia catat 31 kes positif Covid-19, 100 kematian keseluruhan

"Penyakit Covid-19 ada dua fasa iaitu fasa pertama, kebolehjangkitan dan fasa kedua iaitu radang atau inflamasi.

"Bila virus masuk dalam saluran darah, ia akan menyebabkan pengaliran darah terjejas. Pertama, kepekatan darah. Pekat, mudah beku. Kedua, virus tersebut akan serang dinding saluran darah.

"Contohnya bila serang dinding, akan jadi luka. Yang ketiga, mungkin mereka yang ada penyakit, obesiti dan sebagainya... mereka yang dirawat di hospital tanpa pergerakan tertentu, jadi aliran darah tu akan lambat," ujarnya.

Kata Dr Noor Hisham, tiga faktor disebutkan itu boleh membuat saluran darah tersumbat sehingga menyebabkan serangan strok dan jantung.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab soalan pemberita mengenai jangkitan Covid-19 ke atas seorang bayi berusia 18 hari.

"Kita tak pasti tapi mungkin berlaku masa proses ibunya mengandung, kita tak pasti. Tetapi apa yang kita dapati, dalam proses tersebut, tiada komplikasi berlaku," ujarnya ringkas.

Covid-19, strok, obesiti

Artikel Lain