suria

PKP fasa 3 berakhir, Malaysia catat 31 kes positif Covid-19, 100 kematian keseluruhan

Malaysia merekodkan 31 kes positif baharu pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 31 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,851 kes setakat Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan satu lagi korban akibat virus itu, menjadikan setakat ini 100 kematian keseluruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas 78 tahun korban terkini Covid-19, 40 kes baharu

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 100 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Setakat ini, 36 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 17 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 75 pesakit Covid-19 dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan kes pulih keseluruhan 4,032 bersamaan 68.9 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Berikut perincian kes kematian terbaharu yang diumumkan pada Selasa:

- Kes kematian ke-100 (kes-3628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

- Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 4 April dan meninggal dunia pada 28 April jam 9.40 pagi.

Covid-19, KKM, kematian

Artikel Lain