suria

Kantoi! Remaja lelaki kena reject mengaku reka cerita kekasih dan iPhone11 sebab nak kejar status tweet famous - “Sebenarnya, saya suka dia”

Farid mengaku mengada-akan cerita sebab nak jadi Tweet Famous.

GARA-GARA cinta tak berbalas, seorang remaja lelaki sanggup mengada-adakan cerita di Twitter hingga postingnya tular di laman sosial itu. 

Menerusi perkongsiannya tempoh hari, Mohd Farid Kamil memuat naik paparan skrin perbualan WhatsApp, meminta kekasihnya menghadiahkan telefon pintar iPhone11 kepadanya sempena genap 30 hari mereka bercinta. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak malunya, mengemis!” - Remaja dikecam ‘demand’ awek hadiah iPhone11 genap 30 hari bercinta

Susulan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pemuda berusia 17 tahun itu yang dianggap mengemis untuk mendapatkan penghargaan daripada seorang perempuan. 

Bagaimanapun, selepas deretan warganet cuba membuat spekulasi berhubung perkara tersebut, pihak mStar  telah berusaha untuk mendapatkan kepastian tentang kesahihan informasi yang dimuatnaik Farid. 

Seorang remaja perempuan yang mahu dikenali sebagai Izzatul mendedahkan bahawa gambarnya telah digunakan tanpa izin oleh pemuda itu.

Izzatul dedah gambarnya dipergunakan tanpa izin di paparan skrin Whatsapp

Kata Izzatul, dia tidak berpuas hati apabila dirinya dikaitkan dengan remaja lelaki itu kerana mereka berdua sebenarnya tiada sebarang hubungan.

Malahan, dia mendedahkan Farid telah menghubunginya dan mengakui bertindak sedemikian kerana ingin mendapat perhatian netizen dan menjadi  tweet famous di laman sosial itu.

"Ada dua gambar perempuan, yang tudung coklat dan di screenshot conversation WhatsApp. Yang dia pakai wallpaper dekat conversation WhatsApp tu gambar saya. Kami tak pernah berjumpa dan dia sekadar kenalan saya di Instagram. 

"Saya contact dia as kawan biasa saja, tapi tak sangka boleh jadi macam ni. Saya tak tahu nama gadis yang disebutkannya, tapi dia seolah-olah memberi gambaran gadis itu adalah saya. 

"Jadi, saya terasalah juga sedangkan saya tak buat apa-apa. Bila baca komen tu rasa kesian, sebab semua tak tahu cerita sebenar," katanya kepada mStar.

Beberapa netizen mengecam tindakan Farid selepas dia memuat naik paparan skrin perbualan Whatsapp yang direka itu.

Dedah Izzatul lagi, dia tahu remaja lelaki itu mempunyai perasaan terhadapnya, malahan kawannya ada memberitahu bahawa Farid sering memuat naik gambarnya menerusi status aplikasi WhatsApp namun dia tidak pernah melihatnya. 

"Saya tahu dia suka kat saya, tapi saya tak layan. Dia pun pernah posted gambar saya dekat status WhatsApp kemudian hide daripada saya. 

"Sekarang pula dia tutup akaun Twitter dan senyap dari Instagram sebab katanya dia depress. 

"But that's the fame that he wanted. Saya cuma terkilan bila dia tak bercakap benar dalam hal ini," ujarnya. 

Farid ambil keputusan tutup akaun Twitter dan senyap di Instagram.

Retentan itu, pihak mStar telah menghubungi Farid untuk mendapatkan penjelasannya pula berhubung tindakannya semata-mata untuk menjadi terkenal di alam maya termasuk menggunakan gambar remaja wanita tanpa izin. 

Pelajar kelahiran Sarawak ini akhirnya mengaku memutar belit fakta mengenai kisah percintaannya sehingga ia tular di media sosial. 

Lebih mengejutkan apabila dia memaklumkan sudah lama merancang perbualan di paparan skrin WhatsApp yang dikongsi itu semata-mata untuk mendapat publisiti. 

"Ya, memang betul saya ada twist nama perempuan tu dan sahkan dia sebagai kekasih saya. Tapi sebenarnya kami tak ada apa-apa. Saya masih single, tapi sebelum ni ada girlfriend lah. 

"Asalnya memang saya dah lama plan dan nak reka conversation dekat WhatsApp supaya tweet tu boleh naik dan saya boleh jadi tweet famous. 


Rakan sekelas Farid beri keizinan gambar dia digunakan seolah-olah pasangan kekasih.

"Saya sedar, wallpaper tu saya pakai gambar dia. Memang dah lama saya gunakan gambar dia as wallpaper saya dalam phone ni, but for now saya dah delete. 

"Kami kawan biasa saja, tapi mungkin saya kot yang bersungguh-sungguh. Sebenarnya, saya suka kat dia. 

"Kalau pasal gambar perempuan tudung coklat tu pula, dia tu classmate saya. Kami rapat tapi tak ada apa-apa," katanya yang enggan mendedahkan identiti rakan sekelasnya yang berkomplot untuk menjadikan dia tweet famous. 

Dia juga mengesahkan bahawa gambar yang diambil dengan perempuan bertudung coklat yang dihantar kepada mStar telah mendapat keizinan remaja itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
iphone11

Artikel Lain