suria

Suami buat kejutan hadiah hari jadi idaman isteri, tapi malangnya esok nahas... keadaannya 50-50 - “Baru setahun kahwin, saya rindu usikkannya”

Suami Balqis, Alif Iskandar sempat membuat kejutan membawakan kek unicorn sempena hari lahir isterinya, sehari sebelum ditimpa kemalangan.

“BARU kelmarin (Jumaat) dia buat kejutan membawakan kek berbentuk unicorn sempena hari lahir saya, sekarang dia terlantar tidak sedarkan diri”.

Demikian luah Balqis Mohd Saidi yang tidak dapat menahan kesedihannya ketika menceritakan keadaan suaminya yang kini bertarung nyawa selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Balqis berkata suaminya ditimpa kecelakaan sewaktu dalam perjalanan ke Songkhla, Thailand dari Sungai Petani, Kedah untuk mengambil barang-barang bagi menjalankan perniagaan berkaitan alat ganti motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi kejutan nyaris gagal... isteri terpegang kotak hadiah, mujur suami pandai ‘tipu’ - “Terlalu banyak pengorbanannya, bagi kereta pun tak terbalas” 

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tak kantoi” - Betul-betul nak buat kejutan hargai isteri, suami ‘idaman ramai’ ini teliti habis buat plan... beli hadiah sikit-sikit 

“Sebelum itu, pada pukul 10.01 pagi dia menghantar mesej kepada saya mengatakan dia ada di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun. Ketika itu saya sedang kerja di sebuah spa di Sungai Petani tapi pukul 10.40 pagi, saya ada hantar mesej kepadanya namun tidak dibalas.

“Sekitar pukul 11 pagi, saya terima panggilan daripada ibu mentua tapi tak sempat jawab kerana sedang buat rawatan kepada pelanggan. Tidak lama kemudian, ibu saya pula telefon mengatakan suami saya kemalangan dan keadaannya 50-50. Memang saya tak tunggu lama, terus ambil beg dan bergerak ke rumah ibu mentua yang terletak berdekatan,” katanya.

Balqis memuat naik posting mengenai suamninya yang ditimpa kemalangan baru-baru ini.

Menurut Balqis, suaminya Alif Iskandar, 22, yang menunggang motosikal berseorangan telah melanggar sebuah kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan.

Akibat pelanggaran itu, suaminya mengalami kecederaan parah dengan kaki kiri patah tiga bahagian, patah kedua-dua belah tangan, tulang muka remuk, serta kecederaan pada limpa dan buah pinggang.

“Suami saya masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Alor Setar. Terlalu sedih melihatkan keadaannya sedangkan sehari sebelum kemalangan, dia sempat buat kejutan sempena hari lahir saya.

“Sebenarnya sebelum itu, saya ada beritahu, hari lahir saya sudah hampir dan saya teringin sangat hendak kek unicorn. Sehari sebelum birthday, saya ulang lagi dan dia jawab, tak payah lah sebab tak sempat nak tempah.

“Rupa-rupanya dia siap berpakat dengan rakan sekerja saya di spa untuk buat prank, sebelum akhirnya dia muncul bawa sebiji kek unicorn. Memang sangat terharu, tak sangka dia buat kejutan. Tapi semalam (Sabtu), dia beri ‘kejutan’ lagi,” ujar wanita berusia 22 tahun ini lagi.

Akibat kemalangan tersebut, suami Balqis cedera parah dan masih belum sedarkan diri.

Cerita Balqis, ia adalah sambutan ulang tahun kelahirannya yang pertama sejak mereka bergelar suami isteri pada Disember tahun lalu.

Sebagai seorang isteri, Balqis berkata dia sentiasa berada di sisi Alif untuk melihat perkembangan suaminya, di samping menitipkan bacaan ayat al-Quran dan mendoakan kesembuhan suaminya itu.

Sebenarnya sebelum itu, saya ada beritahu, hari lahir saya sudah hampir dan saya teringin sangat hendak kek unicorn. Sehari sebelum birthday, saya ulang lagi dan dia jawab, tak payah lah sebab tak sempat nak tempah. Rupa-rupanya dia siap berpakat dengan rakan sekerja saya di spa untuk buat prank, sebelum akhirnya dia muncul bawa sebiji kek unicorn. Memang sangat terharu, tak sangka dia buat kejutan. Tapi semalam (Sabtu), dia beri ‘kejutan’ lagi.

BALQIS MOHD SAIDI

ISTERI

“Setiap waktu saya akan ceritakan aktiviti yang saya lakukan pada hari tersebut. Surah Yasin juga sentiasa saya bacakan di tepi telinganya, di samping bacaan doa yang lain.

“Saya juga bisikkan kepadanya bahawa dia kena kuat untuk saya. Memang pada awalnya saya tak kuat menerima berita ini, tapi jika saya tak kuat, macam mana suami nak kuat. Jadi saya kata, kita kena sama-sama kuat hadapi perkara ini bersama-sama.

“Sedih memang tak boleh ungkap. Saya rindu dengan usikannya, rindu untuk dia ada di sebelah. Kini tiada lagi tangan yang memeluk saya ketika tidur. Tiada lagi suara yang mengusik. Tapi saya tahu, suami saya kuat.

“Setiap kali saya bisikkan kata-kata di telinganya, dia akan memberikan reaksi seperti menggerakkan kelopak mata dan jari. Tiada apa yang saya pohonkan melainkan ingin suami kembali pulih seperti sedia kala. Saya pohon mereka di luar sana agar sama-sama doakan kesembuhan suami saya,” ujarnya mengakhiri bicara.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
unicorn, kejutan, kemalangan, hari jadi, kek

Artikel Lain