Gelagat pensyarah, pengarah kolej lelaki main netball kelakar habis... dah macam NetRugby! - “Tibai je lah, janji gol” - Viral | mStar

Gelagat pensyarah, pengarah kolej lelaki main netball kelakar habis... dah macam NetRugby! - “Tibai je lah, janji gol”

Antara aksi-aksi kelakar pensyarah dan pengarah KMPK sewaktu pertandingan bola jaring sempena Piala Pengarah pada Sabtu lalu.

SUKAN bola jaring sememangnya sinonim dengan wanita. Namun pernahkah anda terfikir apa akan jadi jika golongan lelaki tunjukkan skil dalam acara itu.

"Bila lelaki main netball, dah macam rugby wei."

Itulah pandangan Hidayatul Najwa Mohammad Amin yang turut berkongsi video rakaman sekumpulan lelaki bermain sukan itu di Twitternya sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Yakinnya kamu! Guru kongsi kisah murid lari lawan arah, “Memang laju, dia lari all out siap mimik muka bersungguh”

ARTIKEL BERKAITAN: “Eeii comel pulak dia ni” - Jadi kesayangan ramai, siapa sebenarnya Maisarah? Ibu sendiri pun mengaku selalu rindu anak istimewanya

Video berdurasi 19 saat itu mendapat hampir 300,000 tontonan dan 22,300 tanda suka di platform media sosial itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat melucukan sekumpulan lelaki tersebut.

Antara pensyarah dan Pengarah KMPK, Shashim Shah Harun yang terlibat dalam perlawanan itu.

"Sorang wrestling, sorang bola sepak... hilang terus game netball tu," tulis Cosa Nostra.

"Yang ni paling cute, orang tengah berebut bola, dia sorang je nak peluk tiang," kata Shazwa.

Hidayatul Najwa Mohammad Amin yang juga pelajar di Kolej Martikulasi Perak (KMPK) berkata permainan itu disertai pensyarah dan kakitangan KMPK sempena pertandingan Piala Pengarah kolej tersebut pada Sabtu lalu.

"Yang main netball tu semua pensyarah lelaki termasuk pengarah kolej kami. Netball salah satu acara yang dipertandingkan.

"Mereka memang tak tahu rules semua sebab lelaki mana main netball kan. Jadi coach (netball) saya terangkanlah kepada mereka tapi mereka tak faham.

Aksi semua peserta berjaya membuatkan ramai terhibur.

"Ada yang tanya macam mana nak main? Nak kena gerakkan kaki ke. Pengarah kami kata tibai jelah... main jelah macam mana pun janji gol," katanya kepada mStar.

Jelas gadis berusia 18 tahun itu lagi, dia berkongsi video tersebut kerana gelagat semua peserta amat menghiburkan.

"Mula-mula OK je tau tapi yang lawaknya pakai bib pun tak function sebab tak ikut position pun. Awal-awal dah berterabur tapi memang fun gila sampai ada yang tolak-tolak tiang gol.

Scoreboard pun kosong sebab tak gol-gol. Memang lawak gile. End up coach kami terpaksa tentukan juara menerusi penalti shot.

HIDAYATUL NAJWA MOHAMMAD AMIN.

Pelajar Kolej Martikulasi Perak.

"Ada kawan saya jadi pengadil tapi bila tiup wisel mereka tak dengar. Mereka jalan je. Tak boleh nak buat apa dah. Maybe dah penat sebab tak gol-gol.

"Saya share pun untuk suka-suka dan tak sangka ramai terhibur. Memang kelakar. Mereka main tak ikut rules. Jadi game ini macam bukan netball dah tapi NetRugby," katanya.

Pasukan juara ditentukan menerusi penalti shot.

Bagaimanapun gadis mesra disapa Najwa itu berkata, juara pasukan terpaksa ditentukan menerusi penalti shot di akhir perlawanan.

"Scoreboard pun kosong sebab tak gol-gol. Memang lawak gile. End up coach kami terpaksa tentukan juara menerusi penalti shot.

"Siapa yang gol menanglah. Waktu tu terpaksa strict sikit. Kami semua pegang tiang gol tak bagi pensyarah gerakkan tiang tu. Akhirnya timbalan pengarah kolej kami jaringkan gol," katanya.

Antara pensyarah dan Pengarah KMPK, Shashim Shah Harun (baju ungu) yang terlibat dalam perlawanan itu.

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain