suria

“Bukan juling air tapi juling teruk” - Tunku Azizah kongsi masalah mata ‘turun’ kepada Puteri Afzan, pakai spek sejak 3 tahun

Foto yang dikongsi sendiri oleh Tunku Azizah menerusi Twitter rasmi baginda @cheminahsayang.

SETIAP perkara yang dikongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitter pastinya mencuri tumpuan.

Selain update mengenai acara-acara yang dihadiri, baginda juga banyak berkongsi cerita yang selama ini tidak diketahui umum menerusi akaun @cheminahsayang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pandai senyum pun, bukan jeling je,” kata Puteri Afzan... siap bagi gambar bukti!

ARTIKEL BERKAITAN:  Bahasa Inggeris tak betul tak jadi masalah buat Tunku Azizah - “Saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya”

Terbaharu, Tunku Azizah membuka cerita mengenai diri baginda serta salah seorang puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah yang mengalami salah jajaran mata (strabismus) atau dalam bahasa mudahnya disebut juling.

"Juling ialah topik hari ini. Sejak usia tiga hingga 12 tahun, saya pakai cermin mata untuk membetulkan juling.

Foto imbas semula (throwback) yang dimuatnaik menerusi Twitter Tunku Azizah.

"Selepas itu mata saya OK dan tidak perlukan cermin mata dah. Begitu juga dengan Afzan, dari umur tiga hingga 13 tahun pakai teropong.

"Alhamdulillah emak dan anak tak juling dah. Pergi doktor mata untuk betulkan mata anak," titah Tunku Azizah pada Jumaat.

Saya pun juling juga, menurun kepada Afzan. Bukan juling air tapi juling teruk, pakai cermin mata dari umur tiga hingga 12 tahun nak straight kan mata. Juling itu menawan.

TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH

RAJA PERMAISURI AGONG

Posting itu sehingga kini menerima lebih 1,300 ulang kicau (Retweet).

Sambung Tunku Azizah lagi, keadaan mata juling boleh sembuh namun mereka yang mengalaminya perlu dibawa mendapatkan rawatan doktor sebelum masuk usia enam tahun.

Tunku Azizah dan anakanda baginda Puteri Afzan (kanan).

"Afzan pakai 600++ multi focal, tiap hari tutup satu mata selama dua jam. Alhamdulillah mata dah OK. Saya pun begitu juga," tulis baginda lagi menerusi ruang balas posting berkenaan.

Dalam satu tweet terdahulu, Tunku Azizah turut mengakui masalah juling yang dialami puterinya itu diwarisi daripada dirinya.

Tunku Azizah berkongsi posting mengenai 'juling' di Twitter.

"Saya pun juling juga, menurun kepada Afzan. Bukan juling air tapi juling teruk, pakai cermin mata dari umur tiga hingga 12 tahun nak straight kan mata. Juling itu menawan.

"Kiranya emak dan anak sama. Juling dan juling. It's OK Afzan, kamu akan jadi permaisuri suatu hari nanti," tulis baginda lagi.

Gelagat Puteri Afzan yang memberi pose menjeling yang tular baru-baru ini.

Sebelum ini, Puteri Afzan pernah tular kerana fotonya yang dirakam memberikan pose sambil menjeling.

Gambar itu dirakam sewaktu Puteri Afzan dan adindanya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menghadiri majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Tweet Puteri Jihan yang menjawab soalan netizen.

Dalam pada itu, Puteri Jihan menerusi satu entri di Twitter turut menjawab soalan netizen berhubung isu itu.

"Ampun Tengku, Tengku Jihan patik nak tanya, Tengku Afzan dah tak pakai spek ke sekarang?

"Tak. Dulu pakai sebab juling. Sekarang tak juling dah tapi jeling," tulis Puteri Jihan dalam nada berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Tunku Azizah, Puteri Afzan, jeling, juling

Artikel Lain