suria

Dah la baran, buruk siku pula! Duit mekap, petrol pergi dating antara yang lelaki ini ‘claim’ selepas putus dengan awek - “Miskin buat cara miskin”

Wan Hayati berkongsi kisah bekas kekasihnya yang didakwa panas baran dan buruk siku.

'JODOH, pertemuan ketentuan tuhan' itulah ungkapan yang perlu dipegang oleh setiap pasangan bercinta.

Belum lagi cerita tentang pengorbanan yang dilakukan demi pasangan masing-masing. Malah, pada zaman ini apa sahaja sanggup dilakukan untuk si dia tersayang termasuklah mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan akur hanya dapat jambangan bunga biasa, ex boyfriend lebih special... digubah sendiri oleh ibunya

Baru-baru ini tular satu posting di Twitter yang mana seorang gadis berkongsi kisah cintanya yang putus di tengah jalan dengan kapsyen: "Bekas teman lelaki minta ganti balik segala yang dia dah belanjakan untuk aku, sambil cakap "kau ingat arwah ayah kau bayar balik kat aku ke?" Sumpah laki tu s**l. Sejak dari tu aku dah trauma nak bercinta.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Siti Wan Norhayati, 21, bekas teman lelaki yang dikenalinya dulu adalah seorang yang tinggi adabnya dan baik budi bicara tetapi dia rupa-rupanya seorang yang baran.

Posting tersebut yang dimuatnaik pada Selasa meraih kira-kira 3,700 ulang kicau (retweet) serta 4,100 suka (like).

Posting yang dimuatnaik oleh gadis itu di Twitter.

Mesra disapa Hayati, hubungan cinta dengan lelaki itu yang dikenali sebagai Zack, 23, terjalin sejak November tahun lalu ketika dia di menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak.

Namun perkenalan itu hanya bertahan hampir setahun apabila dia memutuskan untuk tidak lagi berhubung kerana sikap baran bekas teman lelakinya itu.

Tambah anak kelahiran Tapah, Perak ini bekas kekasihnya turut memintanya supaya menggantikan segala apa yang telah dia belanjakan sepanjang tempoh hubungan mereka.

"Dia sampai bagi list kat saya. Dia WhatsApp cakap, 'kau kena bayar balik apa benda semua yang aku belanja kat kau. Make-up kau lagi, aku bawa kau berjalan lagi, hadiah yang aku belikan kat kau lagi. Minyak kereta yang aku dok pick-up kau semua tu'.

"Jumlah semua RM500. Dia minta bayar balik masa kami putus hari tu. Dia cakap ikut perjanjian kitalah kalau siapa minta clash kena bayar balik semua tu. Sedangkan mana pernah ada perjanjian macam tu pun sebelum ini," katanya kepada mStar.

Hayati nyata terkejut dengan tuntutan itu, malah jumlah yang diminta oleh bekas teman lelakinya itu juga tidak masuk akal. Ini kerana apabila mereka berdua keluar makan dan menonton wayang dia disuruh bayar berasingan.

Mencarut tak pernah. Tapi kalau dalam WhatsApp tu selalu juga kalau dia tengah marah dia panggil saya 'perempuan s**l' macam tu. Kalau kat depan-depan tak pernah lagi, cuma banyak kali juga dia cuba nak angkat tangan kat saya.

SITI WAN NORHAYATI 

Malah, bedasarkan paparan skrin WhatsApp yang dihantar oleh lelaki itu, begitu ketara sikap buruk sikunya apabila terus-terusan mendesak gadis itu membayar semula kesemua wangnya.

"Jangan cakap je lebih... buktikan yang kau boleh bayar kat aku. Dah miskin buat cara miskin. Tak payah nak habiskan duit aku. Tak nak menyusahkan orang... konon la. Kau ingat arwah ayah kau bayar gaji kat aku ke?" kata bekas kekasihnya itu menerusi chat WhatsApp.

Gadis ini kemudian menegaskan bahawa jumlah yang diminta lelaki itu tidak logik kerana selepas membuat pengiraan, dia mendapati jumlah yang telah dibelanjakan tidak lebih dari RM200 jika dibandingkan dengan jumlah yang diminta.

"Aku tinggalkan kau sebab perangai kau. Kasut RM40, make-up RM35, perfume RM30, wayang dua kali RM28 sahaja. Kau nak cakap aku makan sampai RM500 ke? Melampau betul. RM200 pun tak sampai," balas gadis ini.

Tambah Hayati lagi, disebabkan dia tidak mahu perkara ini berlarutan membayar wang sejumlah RM300 kepada lelaki itu pada malam selepas mereka putus hubungan.

"Saya bayar balik secara ansur-ansur. Lepas dapat mesej tu, malam tu saya transfer sikit. Lepas tu bulan depan saya transfer bayar terus. Tapi resit saya bagi pada kawan suruh hantar kat dia," kata anak ketiga daripada empat adik beradik itu.

Paparan skrin perbualan yang dihantar bekas kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan mereka memutuskan hubungan, lelaki itu mahu berbaik semula namun gadis itu tidak mengendahkannya.

"Dia mencarut tak pernah. Tapi kalau dalam WhatsApp tu selalu juga kalau dia tengah marah dia panggil saya 'perempuan s**l' macam tu. Kalau kat depan-depan tak pernah lagi, cuma banyak kali juga dia cuba nak angkat tangan kat saya.

"Selalunya kalau dengan kawan-kawan lelaki yang lain, dia OK saja. Tak ada pula nak naik tangan ke apa. Tapi tulah kalau dengan saya ada saja nak naik tangan. Pelik juga," luah Hayati lagi.

Namun terdapat seorang individu meninggalkan komen yang kurang senang kepada Hayati menerusi posting tersebut.

"Saya takut perempuan ni duit boyfriend dia dah habis, lepas tu dia chow. Cakap je hahahah kbye," kata individu itu.

Kecewa dengan sikap sesetengah netizen yang seolah-olah melabelnya 'pisau cukur', Hayati menepis dakwaan itu.

"Aku minta putus sebab dia baran dan hampir tangankan aku. Ingat aku tak ada maruah ke nak menagih duit orang," kata gadis itu dengan rasa kecewa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
baran, bayar, bekas kekasih

Artikel Lain