Terkedu dan menyayat hati... budak kecil tiba-tiba masuk kedai minta izin peluk gadis jurujual - “Bukan setakat peluk tapi kiss pipi, cium tudung saya” - Viral | mStar

Terkedu dan menyayat hati... budak kecil tiba-tiba masuk kedai minta izin peluk gadis jurujual - “Bukan setakat peluk tapi kiss pipi, cium tudung saya”

Perkongsian kisah sedih itu menjadi tular di Twitter.

SEKALI dengar macam drama di televisyen, tetapi hakikatnya kisah yang dilalui seorang gadis ini benar-benar meruntun hati.

Menerusi perkongsiannya yang tular di Twitter, dia bercerita mengenai kanak-kanak berusia tiga tahun yang merindui ibunya yang sudah meninggal dunia akibat kanser rahim kira-kira dua minggu lalu.

Perkongsian Nurfariesha Balqis mendapat 17,100 ulang kicau dan 18,200 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan keluarkan bayi berjaya, suami hampir rebah doktor beritahu lidah isteri perlu dipotong ‘semua’ dan segera, “Sayang dah nak mati ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kehilangan ibu, anak tinggalkan jurusan ‘medic’ di tahun akhir pengajian - “Saya tahu kanser tu macam mana, jenis violent”

Nurfariesha berkata dia terkejut apabila seorang budak lelaki yang datang ke kedai tempat dia bekerja di Kajang tiba-tiba memberitahu bapanya bahawa wajahnya mirip ibunya.

Posting Fariesha tular di Twitter.

"Masa tu saya tengah scan barang kemudian nak masukkan dalam plastik customer lelaki dengan anak lelaki dia.

"Anak customer tu cute, sangat putih... kemudian dia cakap kat ayah dia 'ayah muka aunty ni macam ibu'.

"Saya terkejut jugalah tapi buat macam biasa je. Lepas tu ayah dia pun dukung dan peluk dia. Waktu tu saya nampaklah dia sedih," katanya.

Selesai membuat bayaran, Fariesha berkata pelanggan tersebut beredar bersama anaknya tetapi kanak-kanak itu tiba-tiba masuk semula ke dalam kedai tidak lama kemudian.

"Sebelum keluar kedai tu dia toleh saya. Saya pun pandanglah dia. Tiba-tiba dia masuk balik kedai tanya 'aunty can i hug you?'. Saya kata 'can'.

"Dia bukan setakat peluk tapi kiss pipi dan cium tudung saya. Lepas tu dia cakap 'aunty bau macam ibu'. Dalam hati waktu tu 'Ya Allah mana mak budak ni'.

Nurfariesha Balqis.

"Lepas tu ayah dia cakap 'isteri saya baru meninggal dua minggu lepas sebab kanser rahim'. Tiba-tiba air mata saya mengalir dan saya terus peluk kuat budak tu," katanya.

Gadis berusia 18 tahun itu memberitahu dia turut tersentuh apabila kanak-kanak itu melambai ke arahnya semasa meninggalkan kedai itu sambil berkata 'bye bye ibu'

"Ya Allah sebaknya. Waktu tu ayah dia macam biasa je. Tapi itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa mereka.

Dia bukan setakat peluk tapi kiss pipi dan cium tudung saya. Lepas tu dia cakap 'aunty bau macam ibu'. Dalam hati waktu tu 'Ya Allah mana mak budak ni'.

NURFARIESHA BALQIS.

"Selalunya orang yang sama akan datang semula ke kedai ni. Saya pun fikir positif. Mungkin mereka datang berkunjung ke rumah saudara sekitar sini (Kajang)," katanya.

Kisah sebak itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Macam cerita dalam novel weh!! Tiba-tiba dah jadi mak kepada budak tu. Huhu," kata Ena.

Antara komen netizen terhadap posting Fariesha.

"I hope you ada jodoh dengan ayah budak tu," tulis Sani.

"Oh. 3 tahun tu memang masih bau ibu. Malam-malam pun ngigau ibu. Mental kena kuat. Budak tu akan lebih matured dari budak sebayanya nanti," kata Azz.

Dalam pada itu, Fariesha turut terkilan apabila terdapat segelintir individu yang menyifatkan perkongsian itu sebagai rekaan semata-mata.

"Ni cerita betul bukan main-main. Mungkin orang tak rasa lagi sebab mereka tak ada kat tempat saya. Jadi mereka boleh kata apa saja.

"Biarlah mereka nak kata apa. Saya kongsi kisah tu pun sebab kesian dekat budak tu. Saya ingatkan kawan-kawan saya je yang akan like. Tak sangka pula tweet tu jadi viral," katanya.

budak , ibu , meninggal dunia , mirip wajah

Artikel Lain