suria

Selepas kahwin dua, suami beritahu mahkamah cuma mampu beri anak RM2 sekali makan, 3 kali sehari... ada yang kata logik untuk budak sekolah rendah

Perkongsian mengenai jumlah nafkah yang dicadangkan oleh seorang bapa selepas berkahwin dua tular di Facebook.

PERKONGSIAN seorang peguam syariah mengenai seorang bapa yang mencadangkan jumlah nafkah terhadap anaknya menerima pelbagai reaksi pengguna Facebook.

Menerusi posting itu, bapa berkenaan mencadangkan sebanyak RM2 untuk tiga kali hidangan setiap hari buat seorang anaknya, menjadikan jumlah keseluruhan untuk sebulan sebanyak RM180.

Ia tidak termasuk kos pakaian, RM20 dan Kelas Permata Kurnia (RM100) menjadikan jumlah nafkah bulanan yang dicadangkan berjumlah RM300.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak beri nafkah, suami ‘guna’ isteri kerja kerajaan buat loan beli superbike... tukang proses permohonan terkejut tengok gambar mesra dengan awek lain!

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor diserang bekas suami selepas perbicaraan mahkamah, dahi bapa berjahit - “Sampai mati saya takkan maafkan!”

Susulan ribuan komen yang memperdebatkan isu itu, peguam berkenaan, Suriati Ab Ghani tampil memberi perincian menerusi posting berikutnya.

Beliau sewaktu dihubungi mStar pada Khamis mengesahkan kes di sebuah mahkamah di Selangor itu masih lagi dalam perbicaraan.

"Ia nilai yang dikemukakan oleh pihak bapa. Suami dia yang buka ruang untuk orang komen macam tu.

"Sebab dia agihkan RM2 untuk tiga kali makan sehari. Kalau dia tak agih dan letak RM180, orang tak nampak pun," ujarnya.

Tak salah nak kawin baharu pun, tapi kena sedar tanggungan telah bertambah, tanggungan lama jangan dipotong.

SURIATI AB GHANI

PEGUAM SYARIAH

Tambah Suriati, dia juga tidak menyangka posting berkenaan menerima respon luar biasa sehingga menjadi tular.

Jelasnya, kes sebegini sudah biasa berlaku di mahkamah dan katanya ada kes yang lebih teruk berlaku sebelum ini.

"Kebanyakan kes di mahkamah syariah biasanya memang bapa tidak akan mengaku dia mampu, jarang sekali mengaku mampu, maka tugas ibu perlu buktikan kemampuan bapa, cari dokumen dan saksi.

"Ada yang komen RM2 sekali makan logik untuk budak sekolah rendah. Siapa yang ada anak mesti tahu dan faham berapa jumlah yang cukup untuk keperluan makanan anak seharian.

Salah satu posting Suriati di Facebook.

"Sarapan mungkin cukup untuk zaman sekarang, air sahaja dah RM1, nuget tiga ketul RM1, anak-anak juga perlukan makanan yang berkhasiat untuk bertenaga seharian di sekolah," terangnya panjang lebar di Facebook.

Tambah Suriati lagi, lelaki berkenaan juga sudah berkahwin lain.

"Jika bapa boleh tambah tanggungan baharu, maka wajarlah bapa juga berusaha untuk menambah pendapatan. Sedar tanggungjawab bertambah, dalam kes tersebut, bapa telah berkahwin baharu.

"Tak salah nak kawin baharu pun, tapi kena sedar tanggungan telah bertambah, tanggungan lama jangan dipotong," katanya.

Dalam pada itu, respon netizen juga berbeza-beza, ada yang mempertahankan si bapa tidak kurang yang menyelarnya.

Tulis Suriati lagi, ibu tidak akan bersusah payah menuntut nafkah anak di mahkamah jika bapa menjalankan tanggungjawab, diberi nafkah dan tidak cuai.

Malah katanya, wujudnya kes nafkah anak di mahkamah adalah disebabkan sikap bapa yang tidak bertanggungjawab.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain