Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu” - Viral | mStar

Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu”

Tunang Syafiq, Nisa memilih fesyen Tunku Azizah untuk photoshoot pre wedding mereka kerana pakaian itu kelihatan sopan.

FESYEN baju kurung seperti Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang digayakan bersama dengan selendang terus menjadi ikutan dan trend semasa wanita hari ini.

Terbaharu fesyen itu menjadi pilihan Syafiq Azmim dan tunangnya, Khairunissa Khairuddin untuk sesi penggambaran pra perkahwinan mereka pada Sabtu lalu.

Syafiq berkongsi beberapa keping gambar photoshoot mereka termasuk baju ala Tunku Azizah sehingga menarik perhatian baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiru fesyen Tunku Azizah, pelajar terkejut baginda tiba-tiba respons... segalanya bermula di bilik guru!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baker terpilih’ tak keruan siapkan kek Tunku Azizah, bayi dalam kandungan seolah faham ibu... “Saya tak tidur seharian”

"Cutenya," tulis baginda sebagai respons kepada tweet Syafiq.

Posting Syafiq menjadi tular di Twitter.

Perkongsian Syafiq di Twitter sejak Selasa mendapat 2,400 ulang kicau dan 6,500 tanda suka.

Syafiq ketika dihubungi mStar berkata dia pada mulanya panik apabila dimaklumkan rakannya bahawa perkongsiannya itu mendapat maklum balas Tunku Azizah.

"Kawan saya hantar screen shot tuanku retweet posting saya. Saya jadi takut dan tanya kawan saya boleh ke buat posting macam tu? Saya takut kalau apa saya buat tu salah dan saya boleh kena saman.

"Saya siap kata dekat kawan saya kalau tak boleh saya nak delete posting tu. Saya risaulah sebab posting babitkan orang atasan. Tapi kawan saya kata tak ada masalah pun dan tuanku sendiri siap kata 'cutenya'.

"Bila kawan cakap macam tu saya pun lega. Saya pun bangga jugalah sebab tuanku retweet. Tak sangka tuanku perasan gambar kami. Saya sendiri sebagai rakyat Pahang kagum baginda jadi fashion trendsetter," katanya.

Syafiq (kanan) mengambil masa selama 11 jam untuk menyiapkan baju untuk dipakai tunangnya.

Menurut pemuda yang juga pemilik butik pengantin di Kuala Lipis, Pahang itu, dia dan rakannya mengambil masa selama 11 jam untuk menyiapkan baju tersebut sehari sebelum sesi penggambaran pra perkahwinannya.

"Saya buat baju tu last minute... 11 jam sebelum photoshoot. Jadi saya minta kawan baik saya untuk bantu siapkan baju tu.

"Kiranya saya start potong dan jahit baju tu dari pukul 11 malam sampailah esok pagi. Memang penat nak siapkan sebab kami tak tidur semalaman.

Ramai salah sangka gambar tu gambar wedding kami. Sebenarnya itu gambar untuk pre wedding. Orang ramai keliru sebab beberapa portal tulis sebegitu.

SYAFIQ AZMIM.

PEMILIK BUTIK SYAFIQ AZMIM BRIDAL.

"Tambah pula bajet untuk baju tu agak tinggi jugalah. Saya belanjakan hampir RM1,000 tapi semuanya rasa berbaloi apabila tuanku respons tweet saya," katanya.

Mengenai pemilihan baju ala Tunku Azizah, pemuda berusia 24 tahun itu berkata dia dan tunangnya yang mesra disapa Nisa sudah lama merancang menggayakan pakaian tersebut untuk sesi photoshoot pre wedding mereka.

"Kami dah plan lama nak ikut stail tuanku. Tunang saya pun suka sebab baju tu nampak sopan cuma baju tu baru buat sehari sebelum photoshoot.


Nisa kelihatan anggun menggayakan baju kurung siap lengkap berselendang.

"Baju yang sama ada empat atau lima koleksi cuma warna yang kami nak untuk photoshoot tak ada. Jadi saya plan buat sendiri untuk tunang saya pakai dan lepas tu boleh sewakan kepada klien," katanya.

Pada masa sama, Syafiq turut menjelaskan kekeliruan yang timbul apabila foto yang tular di media sosial itu disalah tafsir sebagai gambar perkahwinan mereka.

Respon Tunku Azizah di Twitter.

"Ramai salah sangka gambar tu gambar wedding kami. Sebenarnya itu gambar untuk pre wedding. Orang ramai keliru sebab beberapa portal tulis sebegitu.

"Sampai family semua marah kenapa post macam tu? Mereka takut kami kena tindakan sebab Nisa siap pakai crown, rantai dan selendang. Tapi bila tengok respons tuanku OK... Alhamdulillah lah," katanya.

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain