suria

Gelek sampai berdarah! Bro ni selamba lukakan wajah nak hapus parut jerawat batu, “Saya buat kajian dari internet”

Wajah Asyraf mengalami pendarahan selepas melakukan rawatan itu.

KELIHATAN ngeri namun hasilnya berbaloi, begitulah yang dapat disimpulkan mengenai kepuasan seorang jejaka apabila mendakwa teknik rawatan wajah yang dilakukannya sendiri berjaya menghilangkan parut-parut jerawat lama.

Menurut Muhd Asyraf Kamaruddin, 27, biarpun teknik rawatan menggunakan dermaroller itu menyebabkan wajahnya berdarah teruk, dia langsung tidak serik malah sudah melakukannya sebanyak tiga kali.

Mesra disapa Asyraf, dia yang berkongsi kisah itu menerusi Twitter tidak terlepas menerima kecaman segelintir individu yang skeptikal dengan rawatan itu yang dilakukannya sendiri di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main cakap saja” - Menangis muka disamakan dengan jalan tar, gadis nekad ‘salin’ kulit... 6 bulan terus cun!

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

"Ada juga yang bagi kata-kata negatif, cakap saya ajar benda tak elok. Ada juga yang cakap muka saya akan jadi lebih teruk.

"Tapi saya tak kisah apa orang cakap, asalkan puas hati dengan muka sendiri. Sebelum ni pun saya ada je buat rawatan kat klinik dengan doktor.

Salah satu siri tweet Asyraf mengenai penggunaan dermaroller.

"Masalah jerawat ni dah beberapa tahun, dari zaman belajar degree lagi," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Bercerita lanjut mengenai kaedah rawatan berkenaan, Asyraf berkata dia mempelajarinya menerusi internet.

Namun pesan Asyraf, sesiapa yang mahu melakukannya sendiri hendaklah membuat pembacaan dan kajian terperinci terlebih dahulu.

Please don't do this to your face. Pernah buat dulu and almost kene admit hospital sebab jangkitan kuman. Just let the professionals buat.

NETIZEN

"Saya buat kajian dari internet, tengok rawatan untuk kurangkan parut. Saya tertarik dengan kaedah ni.

"Ia melukakan wajah dan rawat balik parut. Muka saya ada parut jerawat batu... parut dalam-dalam.

"Sekarang dah OK, dah berkurang. Ramai juga yang perasan dan tegur. Rasa sakit macam kena gigit semut je. Dalam seminggu dua hilanglah kesan tu," ujarnya yang juga seorang pelakon teater di Melaka.

Menerusi kaedah itu, Asyraf menyenaraikan beberapa bahan yang berharga kurang RM100 seperti dermaroller, ubat kebas, serum parut, air cuci luka, kapas dan sarung tangan.

Asyraf sudah tiga kali melakukan rawatan berkenaan.

Untuk permulaan, dia merendam dermaroller berkenaan dengan air cuci luka yang dibeli di farmasi.

Selepas menyapukan ubat kebas di bahagian wajah, dia akan menggelek dermaroller yang mengandungi jarum halus sehigga wajahnya berdarah.

Selepas itu, dia menyapu wajahnya dengan serum parut sebelum membersihkan wajah dengan air cuci luka dan kapas.

Perkongsian Asyraf di Twitter yang disertakan dengan beberapa foto turut menerima pelbagai reaksi.

Paparan skrin posting Asyraf di Twitter.

Malah, ada yang memberi amaran agar ia tidak dilakukan sendiri, bimbang berlakunya jangkitan kuman.

"Please don't do this to your face. Pernah buat dulu and almost kene admit hospital sebab jangkitan kuman. Just let the professionals buat.

"Aku pernah buat memang menjadi. Time roller atas permukaan kulit hazab weiii... Nampak darah setempek kat tempat roller tu rasa seriau sebab mesti fikir benda ni betul ke tak ni. Then esok hari muka kering mengelupas. Nak pergi kerja pun semua dok usha. Kena ambik cuti seminggu kalau nak buat benda ni.

"Asal macam kena seret dekat tar sak. Tak sakit ke seh?" tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain