suria

Ramai tersentuh hati tengok rider bawa anak ketika bertugas hantar makanan... siap nak sedekah ekzos, helmet

Izzat (gambar kanan) terharu selepas ramai yang tampil ingin membantu rider bernama Anas (gambar kiri) selepas postingnya menjadi viral di Twitter.

"BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Hanya orang yang bekerja 'line' ini saja tahu bagaimana susahnya untuk mencari sesuap nasi," kata Mohammad Izzat Kamarudin.

Walau hanya berkongsi sekeping gambar, Mohammad Izzat, 23, ia cukup memberi impak besar kepada seorang lelaki yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan Food Panda.

Menurut Mohammad Izzat, dia menerima gambar seorang 'rider' bersama seorang anaknya di atas motosikal menerusi group sembang WhatsApp Food Panda Kuala Lumpur memandangkan dia sendiri juga merupakan penghantar makanan secara sambilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bagi hati' jadi 'makan hati'! Kena 'ayat' dengan pelanggan, abang Foodpanda dedah perbualan penuh, ramai terkejut pengakhirannya!

Menurutnya, hatinya terus bersimpati apabila melihat 'abang Rider' dengan keadaan motosikal yang agak buruk membawa anaknya ketika 'bertugas' dalam keadaan panas tanpa memakai topi keledar.

Abang Food Panda dikenali sebagai Anas.

"Jadi saya muat naik di Twitter saya dan berharap abang itu sentiasa dimurahkan rezeki.

"Saya sebagai rider memang rasa simpati dan memahami betapa susahnya untuk mencari rezeki. Walaupun saya hanya membuat kerja ini secara sambilan, tetap kena rajin dan jangan mengeluh.

"Terdetik di hati saya 'apa kata situasi itu dihadapi oleh keluarga kita sendiri'," ujarnya berkongsi kepada mStar.

Untuk membantu ada pelbagai jalan yang boleh kita buat, lebih-lebih lagi di media sosial. Gunakan platform ini untuk meyebarkan perkara-perkata positif yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

MOHAMMAD IZZAT KAMARUDIN

Pelajar / Penghantar Makanan 


Menurut penuntut tahun ketiga Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) ini, dia terharu dengan sambutan dan sokongan yang diberikan selepas posting mengenai rider itu dikongsi.

"Memang saya berbangga kerana dalam situasi negara yang timbul pelbagai isu, tetapi masih terbukti bahawa rakyat Malaysia ini sangat prihatin.

"Masih ada lagi komuniti yang sudi memberi pertolongan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

"Untuk membantu ada pelbagai jalan yang boleh kita buat, lebih-lebih lagi di media sosial. Gunakan platform ini untuk meyebarkan perkara-perkata positif yang boleh memberi manfaat kepada orang lain," ujarnya yang baru dua bulan bergelar rider.

Izzat (tengah baju hijau) bersama rakan-rakan dalam Program Festival Air bagi mata pelajaran Myanmar asas.

Tambah pelajar kelahiran Perlis ini, lelaki berkenaan merupakan rider di kawasan Alor Setar.

"Ada pengguna Twitter lain beritahu dia dari Alor Setar. Saya harap selepas ini dia sentiasa sihat, murahkan rezeki agar dapat menjaga keluarga dengan baik. Saya yakin, pekerjaan ini dapat membantu keluarga asalkan rajin.

"Saya sendiri turut bersyukur kerana tidak lagi meminta duit dengan keluarga selepas mula buat kerja ini sejak dua bulan lalu.

"Saya mencari duit poket sendiri kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan dalam masa sama untuk mengumpul wang perbelanjaan bagi lawatan ke Myanmar dalam Program Mobiliti pada Oktober ini.

Pengguna Twitter memberi maklum balas positif terhadap posting Izzat.

"Sekurang-kurang ia boleh tambah duit poket saya," ujar anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini.

Dalam pada itu, posting Izzat telah menjadi viral dengan lebih 18,000 ulang kicau.

Lebih menarik terdapat juga individu yang tampil mahu membantu abang rider yang dikenali Anas itu dengan memberi ekzos baharu serta topi keledar kepada anaknya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rider, Food Panda, motosikal, ekzos, anak

Artikel Lain