suria

“Ini yang patut viral, bukan picit-picit di Family Mart” - Syed Saddiq kagum remaja cipta aplikasi hidupkan motosikal, guna kad pun boleh!

Nazif (tengah) bersama rakan projek, Mohd Faris Fauzi dan Ahmad Affan Najiy yang membantunya membina aplikasi android.

TIDAK dinafikan bergelar pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bukan mudah seperti yang disangka.

Sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar, pastinya tugas seorang pelajar bukan hanya berlandaskan buku atau teori semata-mata, sebaliknya projek praktikal menjadi titik permulaan bagi menentukan sejauh mana tahap kreativiti seseorang.

Rekaan dua pelajar mencipta aplikasi menghidupkan motosikal menggunakan kad yang dilengkapi dengan cip dan aplikasi android sememangnya merupakan satu inovasi di luar kotak pemikiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT terkejut! Satu kumpulan dapat markah 0, rupa-rupanya ahli 'selfish' tak hantar tugasan

Menurut salah seorang pelajar di Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII), Mohd Nazif Mohd Sobri , 21, projek akhir tahun ini merupakan idea bersama rakannya Ahmad Fakrullah Zamri.

“Sebenarnya projek kami ini tidaklah sehebat projek pelajar-pelajar lain kerana ada lagi yang lebih luar biasa, cuma projek kami jadi viral.

“Ada beberapa orang lagi yang membantu dalam membangunkan aplikasi ini, termasuk sokongan supervisor dan pensyarah yang menjadikan projek ini hampir lengkap sebelum presentation dua bulan lagi.

Nazif menggunakan kad untuk menghidupkan motosikalnya.

“Kini hanya lebih kurang 30 peratus lagi projek guna kad cip dan aplikasi untuk hidupkan motosikal ini siap sepenuhnya,” ujar pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan elektrikal itu kepada mStar.

Menurut pelajar kelahiran Alor Setar, Kedah ini, dia bersyukur kerana bapanya di kampung turut membantunya untuk melancarkan projek ini.

“Saya dah minta izin dengan ayah untuk gunakan sebuah motosikal bagi projek ini, yang lain-lain seperti barang elektronik dibantu rakan-rakan lain.

“Sejak Februari lalu kami membuat pelbagai kajian sebelum mulakan projek ini. Jadi sekarang motosikal ini sudah diuji menggunakan kad dan aplikasi android, harapnya selepas ini ciptaan ini akan digunakan secara meluas.

Projek akhir tahun Nazif dan rakannya menjadi viral di Twitter.

“Kami juga akan menambah baik untuk masukkan GPS yang boleh memberi maklumat sesuatu lokasi ketika menunggang menggunakan aplikasi ini,” jelas anak ketiga daripada empat  beradik ini.

Bila anak muda 'picit-picit' di Family Mart viral seMalaysia. Sepatutnya inovasi yang dibawa oleh adik ini yang diviralkan!

SYED SADDIQ

MENTERI BELIA DAN SUKAN

Dalam pada itu, Nazif urut terkejut dengan video projek ini yang menjadi viral di media sosial.

Katanya, ramai rakan mereka berkongsi video projek itu  di media sosial dan ia turut mendapat pujian kerana ia sesuatu yang baharu serta dianggap bagus.

Malah ada juga yang turut memberi pandangan dan cadangan yang boleh digunakan untuk tambah baik projek ini termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memuji projek ini di laman Twitter.

Syed Saddiq ketika berkongsi video itu berkata, banyak benda baik yang anak muda buat tidak dihebahkan, tetapi bila ada kesilapan dibuat, satu dunia tahu!.

Syed Saddiq turut memberi sokongan terhadap projek akhir tahun Nazif dan rakan-rakannya.

"Sepatutnya inovasi yang dibawa oleh adik ini diviralkan, teruskan berinovasi. Inilah anak muda," katanya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain