“It's crazy, ia benar-benar berlaku” - Selepas jumpa anak tempatan ini, Zach King terus nak datang Malaysia buat magik - Viral | mStar

“It's crazy, ia benar-benar berlaku” - Selepas jumpa anak tempatan ini, Zach King terus nak datang Malaysia buat magik

Impian Mohamad Sofian untuk bertemu dengan idolanya, Zach King menjadi kenyataan.

PERSONALITI YouTube antarabangsa, Zach King menyimpan hasrat untuk ke Malaysia dan mahu membuat rakaman video ala 'silap mata' atau magik dalam kunjungannya itu.

Hasrat personaliti terkenal yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu, didedahkan menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube @sofyank96 pada Ahad malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa, "Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal"

"Selepas ini, jika kami datang lagi saya nak singgah di Malaysia dan harap semuanya berjalan lancar.

Tulisan Zach King di Twitter miliknya pada 1 Januari 2019 yang menyatakan hasratnya mahu berjumpa dengan Mohamad Sofian.

"Buat silap mata di Malaysia," ujar Zach King yang berusia 29 tahun dan mempunyai lebih 20 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Menerusi video berdurasi 14 minit dan 38 saat itu, Zach King meminta cadangan mengenai apa yang perlu dirakamkan semasa berada di Malaysia.

"Beritahu kami di ruangan komen. Apa yang kami boleh rakam.

"Kalau datang ke Malaysia, makanan apa yang kami boleh rasa.

"Dan harap-harap menjadi," tambahnya.

Mohamad Sofian terbang ke Jakarta, Indonesia selepas dijemput oleh personaliti YouTube itu.

Terdahulu, anak muda Malaysia yang menghasilkan video-video berinspirasikan kreativiti Zach King di laman sosial, Mohamad Sofian Abdullah, 23, dijemput oleh personaliti YouTube itu untuk bertemu dengannya di Jakarta, Indonesia dalam kunjungan singkatnya ke negara republik itu.

Menerusi video tersebut, Zach King yang dijemput pada sebuah majlis membuat kejutan terhadap Mohamad Sofian dengan menjemputnya ke pentas dan berkolaborasi membuat video yang disunting sebagai silap mata.

Zach King turut tidak menyangka tulisannya di Twitter pada 1 Januari lalu susulan posting Mohamad Sofian mengenai hasratnya untuk bertemu dengan pemuda itu pada 2019, menjadi kenyataan.

"Saya rasa saya tweet kepada awak dan memberitahu kita perlu berjumpa di tahun 2019.

"It's crazy. Ia benar-benar berlaku," katanya yang mengagumi bakat Mohamad Sofyan kerana menghasilkan kira-kira 200 video magik.

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain