suria

Blogger bayar ‘cash’ lagi, kali ini hadiahkan kereta mewah sempena hari lahir suami

Cik Epal menghadiahkan kereta Ford Mustang 5.0 GT kepada suaminya, Jofliam sempena ulang tahun ke-30. - Instagram @cikepal06

SEORANG blogger popular yang pernah tular sebelum ini kerana membeli beg tangan jenama mewah secara tunai, sekali lagi menjadi bualan netizen di media sosial.

Kejutan yang dilakukan blogger yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Epal itu pasti membuatkan kaum lelaki berstatus suami cemburu apabila dia menghadiahkan barangan berharga sempena ulang tahun ke-30 suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpulanglah... blogger tak kisah dikecam beli beg tangan mewah sebab pengikut nak tahu harga je

Mana tidaknya, Cik Epal menghadiahkan kereta mewah idaman setiap jejaka iaitu Ford Mustang 5.0 GT yang dianggarkan bernilai RM340,000 dan ia dibeli secara tunai untuk suaminya, Jofliam.

Bagaimanapun, wanita yang bakal menyambut kelahiran bayi kedua itu tidak mendedahkan harga sebenar kenderaan tersebut.

Cik Epal bergambar bersama anak sulungnya, Han dan kereta mewah yang dihadiahkan untuk suaminya.

Kata Cik Epal, Ford Mustang 5.0 GT tersebut antara kereta idaman suaminya dan dia pernah menyatakan hasrat untuk memiliki kenderaan itu dalam masa terdekat.

"Dia pernah cerita Ford Mustang 5.0 GT ini antara wishlist (hajat) dia untuk beli tahun ini atau tahun depan.

"Saya selalu nampak dia search pasal kereta ni. Jadi, saya ambil keputusan belikan sempena hari jadinya," kata Cik Epal ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Saya bayar cash sebab tak nak bayar faedah dan tidak mahu ada komitmen, selain enggan mempunyai hutang.

CIK EPAL

Perkongsian tentang kejutan tersebut yang dimuat naik ke laman Instagram pada Selasa membuatkan rata-rata pengguna media sosial terharu dan memberi inspirasi kepada netizen terutama cara Cik Epal menghargai suaminya.

Tambah blogger berusia 28 tahun itu, dia memilih untuk membayar kereta mewah berkenaan secara tunai kerana enggan berhutang dan membayar faedah pinjaman bank.

"Saya bayar cash sebab tak nak bayar faedah dan tidak mahu ada komitmen, selain enggan mempunyai hutang.

"Sebab pembayaran cukai yang saya bayar tu dah memang boleh tampung untuk beli secara tunai," ujarnya.

Video part 5 Surprise Birthday Jofliam . Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta. . Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia. . Kalau dia layan aku macam QUEEN ?, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING ? . Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai ? . Bersambung...

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06) on

Sebelum membuat kejutan tersebut, Cik Epal terpaksa mengusik (prank) suaminya dengan mendakwa lelaki itu dijemput untuk menghadiri sebuah majlis sidang media kerana telah dilantik menjadi duta sebuah jenama pakaian.

Pada sambutan itu, suaminya menerima kejutan berganda apabila Cik Epal turut mendedahkan jantina anak kedua mereka yang bakal lahir kelak.

Melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Cik Epal menulis: "Aku dan family aku dah tahu aku dapat baby girl. Tapi husband aku tak tahu.

"Aku tipu dia cakap dapat baby boy lagi kali ni. Tapi time birthday dia ni baru aku nak reveal dekat dia sebenarnya dapat baby girl! Alhamdulillah dapat sepasang."

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Cik Epal, Ford Mustang 5.0 GT

Artikel Lain