suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tingkatan 3 terlibat kes tikam kawan 16 kali direman, peguam maklum suspek remaja autisme

Suspek terlibat kes tikam pelajar sekolah di Banting itu dibawa keluar mahkamah menggunakan kenderaan SUV.

SEORANG pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai menikam rakan sekolahnya sebanyak 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di Kuala Langat.

Remaja terbabit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.08 pagi dengan menaiki trak polis sebelum dibawa keluar kira-kira pukul 9 pagi menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV), jenis Perodua Aruz.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes tikam pelajar sekolah Banting direman pada Selasa

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak buah saya bukan pembuli!” - Wanita mengaku ibu saudara mangsa tikam mohon henti buat spekulasi, sebar fitnah

Peguam Yayasan Bantuan Guaman (YBGK), S. Vijeswari Suppiah ketika ditemui pihak media memaklumkan anak guamnya merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) autisme.

Pada Isnin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin ketika waktu rehat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.

Artikel Lain