suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Anak buah saya bukan pembuli!” - Wanita mengaku ibu saudara mangsa tikam mohon henti buat spekulasi, sebar fitnah

Rakaman video memaparkan insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting pada pagi Isnin.

"ANAK buah saya bukan pembuli!"

Demikian tegas seorang wanita yang mengakui dirinya ibu saudara kepada pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang cedera ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting, pagi Isnin.

Menerusi satu komen di Threads, individu tersebut tampil membuat kenyataan susulan beberapa perbualan di WhatsApp tersebar mengaitkan mangsa sebagai pembuli sehingga menjadi sasaran.

"Si penikam ada masalah mental dan buat secara random. Ada yang tulis dah mati lah... padan muka lah sebab membuli. 

"Ya Allah... kalau tak tahu cerita tolonglah jangan buat spekulasi sendiri.

"Mangsa cuma tak sempat nak lari selamatkan diri. Dah lah jadi mangsa tikaman, jadi mangsa fitnah di media sosial," luahnya kesal.

Individu itu dalam masa sama memohon orang ramai mendoakan keselamatan dan kesembuhan mangsa yang ditempatkan di zon merah.

Terdahulu, bapa mangsa, Muhammad Firuz Ibrahim, 43, berkata anak perempuannya yang berusia 15 tahun mengalami kecederaan pada paru-paru kiri akibat tikaman selain beberapa kecederaan lain di belakang badan, muka dan bibir.

Ujar Muhammad Firuz, anak perempuannya mengenali suspek kerana mereka pernah menjadi rakan sekelas pada tahun sebelumnya.

Dia juga percaya anak perempuannya hanya berada di tempat salah pada waktu yang salah.

Artikel Lain