Suspek kes tikam di sebuah sekolah menengah di Banting akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman, pada Selasa.
REMAJA perempuan berusia 15 tahun yang ditahan kerana didakwa menikam seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Banting, akan direman pada Selasa (8 Julai).Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok bagi permohonan reman. Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.ARTIKEL BERKAITAN: “Anak buah saya bukan pembuli!” - Wanita mengaku ibu saudara mangsa tikam mohon henti buat spekulasi, sebar fitnahSebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian membabitkan seorang pelajar perempuan yang cedera akibat ditikam di dalam kawasan sekolah kira-kira pukul 9.50 pagi Isnin.Siasatan awal mendapati mangsa didakwa ditikam dengan sebilah pisau oleh suspek yang juga pelajar di sekolah sama.Mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kiri akibat tikaman selain beberapa kecederaan lain di belakang badan, muka dan bibir.Remaja itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala suspek ditahan sejurus selepas kejadian itu.Polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu. -The Star