USAHAWAN Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan berkongsi video dia sedang mendapatkan rawatan akibat jangkitan herpes simplex virus (HSV‑1).
Dalam video berdurasi hampir lima minit itu [Tonton Video], Kieda bertanya kepada doktor mengenai keadaan diriya yang mengalami masalah bintik-bintik kecil dan kebas pada bahagian bibir.
Dengan nada bergurau, Kieda atau nama sebenarnya, Siti Nur Khalieda Yusra mengaitkan punca jangkitan yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.
"Saya terkena virus herpes. Yang ni penyakit kelamin kan?” katanya dengan ketawa.
Doktor pula kelihatan malu ditanya soalan itu dan pada masa yang sama mengesahkan jangkitan yang dialaminya.
Doktor kemudiannya menyarankan usahawan itu menyapu krim antivirus jenis acyclovir selama lima hingga tujuh hari bagi mempercepatkan proses pemulihan.
HSV-1 adalah sejenis virus dari keluarga Herpesviridae yang menyebabkan jangkitan pada kulit, mulut, alat kelamin, dan juga bahagian lain dalam tubuh.
Virus tersebut boleh kekal dalam tubuh seseorang sepanjang hayat dan boleh menjadi aktif semula dari semasa ke semasa.