suria

Ismail Sabri tinggalkan ibu pejabat SPRM selepas beri keterangan

Ismail memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada Khamis.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya selepas merakamkan keterangannya, pada petang Khamis.

Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM bersama pengiring pada pukul 3.13 petang.

Walaupun melambaikan tangan kepada petugas media yang sedang menunggu, beliau dan pasukan peguamnya tidak memberi sebarang kenyataan kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM, sempat lambai petugas media

ARTIKEL BERKAITAN: Cuti sakit tamat esok, SPRM tunggu Ismail Sabri datang pejabat Khamis ini

Terdahulu pada Khamis, Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.45 pagi.

Ini susulan pengumuman Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Selasa bahawa Ismail Sabri dijadual hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada Khamis.

Azam turut memberitahu, pihaknya akan merakamkan keterangan daripada 23 saksi baharu dalam siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Beliau turut mengesahkan sijil cuti sakit (MC) Ismail Sabri tamat pada Rabu (12 Mac). -The Star

Artikel Lain