suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM, sempat lambai petugas media

Ismail melambai kepada petugas media yang menunggu di pintu masuk ibu pejabat SPRM.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. 

Beliau yang tiba kira-kira pukul 9.45 pagi dengan menaiki sebuah kereta hitam dilihat melambai petugas media yang menunggu di pintu masuk. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cuti sakit tamat esok, SPRM tunggu Ismail Sabri datang pejabat Khamis ini

Terdahulu pada Selasa, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ismail Sabri dijadual hadir di ibu pejabat SPRM pada Khamis untuk dirakam kenyataannya.

Selain Ismail Sabri, saksi tambahan seramai 23 orang akan dipanggil secara berperingkat dalam beberapa hari akan datang untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu. -The Star

Artikel Lain